19Oct

Motorola Mengumumkan MotoACTV – Jam Pintar Yang Mengutamakan Kesihatan Dan Muzik

Gajet

Seperti mana yang dinantikan, hari ini Motorola telah pun memperkenalkan peranti baru melalui sebuah acara khas, dimana ia dimulakan dengan pengenalan peranti dengan nama MotoACTV. Secara ringkasnya, MotoACTV merupakan salah satu jam pintar, yang mana didatangkan bersama-sama pelbagai fungsi menarik bersama-sama dengannya.

MotoACTV membawakan rekabentuk seakan-akan iPod Nano, dimana melaluinya, antara fungsi utama yang difokuskan adalah kebolehan untuk menilai aktiviti sukan dan kesihatan. MotoACTV didatangkan bersama-sama cip pemprosesan 600MHz, dan menggunakan Android sebagai platform utamanya.

Selain daripada itu, ia turut sama boleh memainkan lebih daripada 4000 buat lagu, serta disertakan bersama-sama dengan sokongan radio FM padanya. Dan bersama-sama dengan peranti tersebut, Motorola menawarkan headset dengan sokongan bluetooth untuknya.

Dan bertambah menariknya lagi adalah ia turut diintegrasikan dengan sebuah laman khas, iaitu MotoACTV.com, dimana melaluinya ia membolehkan data berkenaan aktiviti anda terus dimuat-naik ke web melalui sokongan WiFi.

MotoACTV boleh didapati bermula daripada 6 November pada harga $249 untuk versi 8GB dan $299 untuk versi 16GB. Pelancaran di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Kamera oleh Mashable dan Droid-Life.


Nexus S Di Datangkan Bersama Android Gingerbread
Accenture Bakal Menyokong Pembangunan Symbian Sehingga 2016
Lenovo IdeaPad K1 Ditawarkan Pada Harga Bermula RM1499
Celcom Memulakan Pendaftaran Minat Untuk BlackBerry Torch 9860
Peminat Nokia Di Singapura Telah Beratur Awal Untuk Nokia Lumia

4 Komen

  1. hanafi bhari pada 19 Oct 2011

    wow . gila style :3

  2. faka pada 19 Oct 2011

    x sabar bile nk msk malaysia…

  3. scromix pada 19 Oct 2011

    jam skrng.pergh

  4. safiqyunus pada 21 Oct 2011

    pergh !!! nie kira jam la kn? bleh bwk pegi skola ! wahaha , malangnya. thun nie last aq skola =.=”


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader