17Oct

Mudah.my, Media Prima Dan Maybank Merupakan Laman Tempatan Popular Di Malaysia

Web 2.0

Nampaknya kini, takhta laman dan perkhidmatan berasaskan web yang paling dikunjungi ramai di Malaysia dipegang oleh Mudah.my, laman-laman dibawah Media Prima dan juga laman Maybank. Ia merupakan tambahan selain daripada laman-laman popular dunia, seperti Google, Facebook, Yahoo!, WikiPedia dan lain-lain laman yang sememangnya sedia popular dikalangan pengguna dunia.

Melalui data terkini yang dikeluarkan oleh comScore Malaysia, ia memperlihatkan yang mana lebih daripada 2.5 juta pengguna tempatan kunjungi laman Mudah.my pada bulan Ogos yang lepas sahaja, sekaligus menjadikannya laman tempatan paling popular, mengalahkan semua laman web tempatan yang lain.

Selain daripada itu, laman-laman dibawah kumpulan Media Prima, iaitu Harian Metro, Berita Harian, Tonton dan lain-lain mengumpulkan lebih daripada 2.2 juta kunjungan pada bulan Ogos yang lepas, mendahului laman Maybank yang mengumpulkan lebih daripada 1.9 juta kunjungan pada bulan Ogos 2011 yang lepas.


Blogtitude Bakal Kembali April Ini
MentariWorks Ke Arah CMS - MentariCMS
News Corp Sedia Untuk Menjual MySpace
Perkhidmatan Ovi Calendar Berasaskan Web Akan Dimatikan Pada 31 Ogos
Data Mengenai Perkara Popular Di Laman Sosial Facebook Diperlihatkan

12 Komen

  1. mangkukhayun pada 17 Oct 2011

    4shared tu laman apa? polupar jugak kat seantaro malaya ni?

    • suffer8zine pada 17 Oct 2011

      budak2 sekolah menengah banyak ke situ

    • Azam pada 17 Oct 2011

      senang nak donload ape ape..mp3 ka, video ka..doc ka..

  2. Tralala pada 17 Oct 2011

    blogserius mane?

    • Bandit Blogger pada 17 Oct 2011

      blog tu wat pe nak nyempit kat sini. bukan masyuk pun.

  3. Juan pada 17 Oct 2011

    4shared x kan la x tau bro, hehe, mudah tu memang aku respek, aku pon pakai selalu

  4. Dhiya Faris pada 18 Oct 2011

    +999

  5. Omar pada 18 Oct 2011

    +1

  6. rajawali pada 18 Oct 2011

    cool


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader