09Oct

MyEmail Kini Hanya Mempunyai Lebih Kurang 3,000 Pengguna Berdaftar

Web 2.0

Salah satu perkhidmatan emel yang penuh kontroversi adalah MyEmail yang dilancarkan baru-baru ini. Seperti sedia maklum, mereka telah mengadakan pameran perkhidmatan mereka dalam usaha menarik pengguna dibeberapa lokasi, dan kini dilaporkan yang mana MyEmail mempunyai lebih kurang 3,000 orang pengguna berdaftar bersama mereka.

Dan hampir separuh daripadanya diperkatakan telah pun mengesahkan identiti mereka melalui penggunaan biometrik. Bercakap mengenai sasaran MyEmail, mereka memperkatakan yang mana mereka mensasarkan untuk mencapai lebih kurang 2 juta pengguna berdaftar menjelang tahun hadapan, dan dalam usaha menjayakannya, MyEmail dalam perbincangan bersama-sama dengan PDRM, DBKL, JPJ dan juga KWSP dalam menggunakan perkhidmatan mereka itu.

Untuk makluman semua, MyEmail menggunakan perkhidmatan Windows Live, yang mana turut menawarkan pelbagai perkara tambahan, termasuk sokongan storan atas talian sehingga 25GB secara percuma melalui SkyDrive, dan juga turut menambah beberapa perkara tambahan, dan promosi khas untuk para pengguna mereka.


DiGi Memperkenalkan Servis Twitter SMS
DomainRegistry.my Membuka Percubaan Pendaftaran IDN
Facebook Menguji Fungsi Panggilan Suara
dRBook Kini Dijenamakan Semula Sebagai dRBuku - Pendaftaran Kini Lebih Mudah
Facebook Menguji Dua Fungsi Sekuriti Baru Pada Laman Sosial Mereka

30 Komen

  1. Izzat Aziz pada 09 Oct 2011

    dah daftar, tak reti guna. noob.

  2. yapompiow pada 09 Oct 2011

    hampeh!

  3. fadli pada 09 Oct 2011

    3k??ok la tu..

    • khairul pada 10 Oct 2011

      3000 jer?????????

  4. Mochan pada 09 Oct 2011

    Sebab tu rakyat bantah dulu, sebab perkhidmatan tu mcm mhabiskan wang rakyat..tgk apa tlh jd?

    • EddyGeek pada 09 Oct 2011

      projek ni xguna wang rakyat

    • secupak padi pada 11 Oct 2011

      two thumb up’s! Mochan,wak boleh join Sin chew daily la saya ingat. tak pon join Tukar Tiub…baru boleh canang diri sebagai pemikir rakyat

  5. mdfaizal pada 09 Oct 2011

    3k daftar,
    1k = golongan mcm amanz, nak test power ke tidak. hehe
    1k = golongan mereka yg terdekat dgn tricubes (staf, kwn2 staf, ofis PM najib, Mampu)
    1k = golongan rakyat jelata yg betul2 ikhlas nak manfaatkan MyEmail.

    ehehe

  6. Omar pada 09 Oct 2011

    aku antara yang 100 tu …hehe~

  7. bisyairi pada 09 Oct 2011

    xdaftar lagi dan x ingin mndaftar.. lol. xD

  8. Jyundoo pada 09 Oct 2011

    ramai yg xnak daftar agaknya :)

  9. phixel pada 09 Oct 2011

    kita kena berfikiran positif. lagi 20 tahun boleh la cecah 7 juta pengguna.

  10. zulware pada 10 Oct 2011

    xnak daftar.

  11. coolman pada 10 Oct 2011

    leceh nk kena letak ic no..

  12. Aqx pada 10 Oct 2011

    Diorang semua tak nak daftar, sebab email ni dinaungi Najib & kempen 1malaysia dia. kehkehkeh

  13. wallawee pada 10 Oct 2011

    ok ape 3k…permulaan yg baik….yg penting ianya jenama n buatan malaysia….

  14. myFirdaus pada 10 Oct 2011

    i’m a part of them… kah3.. :)

  15. Teratoman pada 10 Oct 2011

    Jom share alamat myemail anda!

  16. AMR pada 10 Oct 2011

    em, tgk sampai tak 2 juta tu..

  17. reezluv pada 10 Oct 2011

    cam tak minat plak nak daftar..:D

  18. FaizFizy Rosle pada 10 Oct 2011

    Bukak time sign up je. Lepas tu tak pernah bukak dah. LOL

  19. joev pada 10 Oct 2011

    email yang sedia ada ni pun dah cukup…belum ada keperluan lagi nak daftar myemail

    • secupak padi pada 11 Oct 2011

      Maaf ye joey.berpakah umur anda.adakah sudah mececah 18 tahun?(user must be 18yrs old Malaysian) jika belum,tidak hairan lah adik ni boleh berfikiran seperti individu-individu “sempit” seperti di atas ini.

      • leon pada 12 Oct 2011

        secupak padi – joev tu cakap ‘bukan keperluan’

        jadi apa yang sempitnya dia?
        dia tak kondem sapa2 pun… mungkin sebab dia belum 18 tahun yang membuatkan dia belum perlu.
        awak yang terlebih umur pula meroyan tak tentu pasal

  20. pillo pada 12 Oct 2011

    Aduss.. Pembaziran myemail.my kos 50juta, baik bagi kat aku. haha
    ingatkan pakai server sendiri, rupa2nya guna hotmail.com sebagai simpanan data.. plug and play. pandai you tricube.

    proses daftar.
    daftar di myemail.my -> tunggu pengesahan jpn –> boleh guna, dan dibawa ke hotmail.

    dah lah setiap 1 email kena bayar 50sen, sape nak bayar tu, pengguna ke ?

    • secupak padi pada 15 Oct 2011

      ni yang dinamakan golongan tidak berpengetahuan. kenapa en pillo nak pertikaikan kos 50 juta yang tak tentu sejauh mana kebenaran nya.(komisen beli kapal selam tu berapa eh) pastu 50 satu email. memandai mandai je.golongan en pilo ni elok sokong POl Pot je. belagak best


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader