Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, nama domain popular dan sering menjadi pilihan utama para pengguna adalah nama domain .com. Dan kini ia dilaporkan yang mana bilangan nama domain .com yang terdaftar sehingga kini menghampiri angka 100 juta nama domain, dan bakal mencapainya dalam masa sebulan dua lagi.

Pada hari ini, domain .com yang berdaftar di seluruh dunia berjumlah lebih kurang 98 juta nama domain, dan meningkat dari hari ke hari. Pada penghujung tahun lepas, angka domain .com yang berdaftar berjumlah sekitar 91 juta nama domain, dan setiap tahun ia memperlihatkan peningkatan dari hari ke hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd