26Oct

Nokia Mengumumkan Peranti Windows Phone Pertama – Nokia Lumia 800

Gajet

Akhirnya, setelah sekian lama dinantikan peminat Nokia, hari ini, Nokia telah pun secara rasminya memperkenalkan peranti Windows Phone pertama mereka, iaitu Nokia Lumia 800, yang mana dikatakan oleh Nokia sebagai peranti sebenar Windows Phone yang pernah diperkenalkan buat masa ini. Ia juga turut sama didatangkan bersama-sama dengan beberapa aplikasi Nokia terbina, termasuk Nokia Drive yang dinantikan ramai.

Seperti semua sedia ketahui, rekabentuk Nokia Lumia 800 serba sedikit seperti Nokia N9. Melalui Nokia Lumia 800, ia membawakan cip pemprosesan 1.4GHz bersama-sama dengannya, serta skrin sentuh lengkung 3.7-inci, dan juga kamera dengan sokongan Carl Zeiss, membolehkan anda merakamkan gambar berkualiti tinggi bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, laman Nokia Malaysia masih belum dikemaskini dengan Nokia Lumia 800, tetapi anda boleh melihatnya dengan lebih dekat melalui halaman rasmi Nokia UK. Harga dan tarikh jualan di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


Nokia X7 Mula Dijual Oleh DiGi Pada Harga Serendah RM799
Nokia Maps Kini Menyokong Android Dan iOS
Hasbro Menyaman ASUS Atas Penggunaan Nama Transformer Prime
Pemenang Anugerah PC.COM 2011 Diumumkan - Samsung Dan Canon Menang Besar
Intel Bakal Melancarkan Ivy Bridge Seawal 23 April Ini?

23 Komen

  1. azwan11 pada 26 Oct 2011

    menarik

  2. Jyundoo pada 26 Oct 2011

    aku kate lawa. lepas ni boleh g nokia store la. godak2

  3. imran pada 26 Oct 2011

    cool

  4. kaio dot my pada 26 Oct 2011

    fuuh. macam nice la pulak kan. damn!

  5. nizam pada 26 Oct 2011

    awesome!!!…tp np la xder front camera…huhu…

  6. Denim pada 26 Oct 2011

    bagsu2 design sama cam N9 :D

    • IR pada 26 Oct 2011

      +1 …. mcm xde design lain…~~

      • Beburung pada 26 Oct 2011

        Phone2 dari company len pun camtu gak untuk model2 sepanjang tahun.

        Tengok contoh HTC. Balik2 design yang sama, pastu tambah sket kaler merah kt model len. But still the design works. Sama gak ngan Nokia Lumia 800 ni.

        If it ain’t broken don’t fix it. Design dia pun fresh lagi, takde copycat macam yg dibuat kompeni2 len.

        • Meleis pada 26 Oct 2011

          +1 this.

      • BikMama pada 27 Oct 2011

        IR la sangat..hahaha

  7. RSSB pada 26 Oct 2011

    pergh cun! nak sgt tahu apa review amanz pros n cons pasal windowphone mango nih. :D

  8. slee pada 26 Oct 2011

    Waahhh bole tergoda aku nihh..nk jual iPhone laa^_^

  9. awis pada 26 Oct 2011

    CUN2

  10. Hisyam pada 26 Oct 2011

    cantik giler phone ni. mungkin lepas ni akan ada pengguna nokia yang kecewa akan kembali kepada nokia

  11. mahsyar pada 26 Oct 2011

    Windows Phone + Nokia Map + Sleek Design + 8MP Camera = Lengkap!
    Dah lama aku tak rasa teruja dekat Nokia selepas Nokia 3310 tu. haha

  12. ramlan pada 27 Oct 2011

    the color is so fucking hipster.

  13. Aikhil pada 27 Oct 2011

    ..nokia ..nokia ..3.7″ je ke skrin ..dah terbiasa dgn skrin besar ni mmg kena stay dgn skrin besar laa ..mmg puasss!

  14. Firdaus pada 27 Oct 2011

    Nokia sudah kembali.. Menarik ah.. Harap harganya murah la dari yang lain-lain

  15. paeh pada 27 Oct 2011

    ini memang WIN!

  16. makangajet pada 27 Oct 2011

    semoga app WP7 akan menjadi semakin meriah :)

  17. awei pada 27 Oct 2011

    gandingan yg merbahaya. nokia + wp7.

    • slee pada 29 Oct 2011

      virusssssssss

  18. bravo!! pada 29 Oct 2011

    GOOD JOBS NOKIA!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader