Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah perangi Meego daripada Nokia, iaitu Nokia N9. Mungkin penantian semua pihak akan berakhir, dimana kini ianya disahkan yang mana Nokia N9 akan mula dijual pada minggu ini, dan beberapa pengedar rasmi Nokia telah pun mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar tersebut.
Melalui Nokia N9, ia menggunakan sistem operasi MeeGo, dengan cip pemprosesan 1GHz Cortex A8, RAM 1GB, skrin AMOLE seluas 3.9-inci, sokongan NFC padanya dan didatangkan dalam variasi 16GB dan juga 64GB. Ia juga didatangkan bersama-sama dengan aplikasi Nokia Link, membolehkan para pengguna sync dan uruskan fail dengan Windows dan juga Mac dengan mudah.
Di Malaysia, peranti Nokia N9 ini bakal ditawarkan oleh Celcom dan juga DiGi. Pada masa yang sama, Nokia Malaysia turut sama telah merancang aktiviti promosi untuk peranti Nokia N9 ini bermula daripada hari Jumaat ini, memberikan idea, mungkin ianya akan mula dijual bermula hari Khamis atau Jumaat ini. Sama-sama kita nantikannya.

11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Semua benda latest jer minggu ni, Aspire S3, Nokia N9.. woha!
nice.
erm,selagi aku blum abis c6-01 xplorasi..aku xkan pandang n9 lagi..hehehehe….symbian terbaik…..
aiyoo..bnyknye jenis hp bru nk kuar..
tgk dulu meeGo beroperasi ok ke x?
teringin, tapi nak tengok dulu macam mana. huhuhu
Best!Nak try camera dulu!
terbaek…x sbr nak beli!!
akhirnyaa
Perangi ke Peranti?
wow…kuar jugk akhirnyer…xsbr nk sambar sebijik!!