05Oct

Nokia N9 Disokong Sehingga 2015 – Jualan Di Malaysia Bermula Jumaat Ini

Gajet

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini Nokia Malaysia secara rasminya telah pun mengesahkan yang mana Nokia N9 akan mula dijual di Malaysia bermula daripada 7 Oktober ini, iaitu pada hari Jumaat ini, sekaligus menjadikannya sebagai peranti pertama MeeGo dipasaran tempatan, dan ditawarkan dalam variasi 16Gb dan juga 64Gb.

Nokia N9 akan mula dijual di Malaysia dalam variasi 3 warna, iaitu hitam, cyan, dan juga magenta. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan perisian Nokia Link, membolehkan anda menguruskan fail dengan mudah terus melalui komputer anda. Melalui Nokia N9, ia menggunakan sistem operasi MeeGo, dengan cip pemprosesan 1GHz Cortex A8, RAM 1GB, skrin AMOLED seluas 3.9-inci, sokongan NFC padanya.

Nokia N9 16GB akan dijual pada harga1799 manakala Nokia N9 64GB akan dijual pada harga RM2088. Celcom dan DiGi turut sama dijangka akan memperkenalkan pakej dan pelan khas untuk Nokia N9 tidak lama lagi.

Bersama-sama dengan itu, Nokia Malaysia turut sama mengatakan yang mana Nokia akan memberikan sokongan untuk Nokia N9 sehingga sekurang-kurangnya 2015 kelak, termasuk dari segi kemaskini perisian, dan juga khidmat sokongan pelanggan.


Intel melancarkan pemproses Xeon 7500
Samsung Galaxy S2 Akan Dilancarkan Pada Bulan April Seperti Dirancang
HTC Evo 3D Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM2199
AirAsia X Bakal Menawarkan Galaxy Tab Dalam Penerbangan
Sony Ericsson Malaysia Melancarkan Xperia Active Dan Xperia Arc S

8 Komen

  1. nur pada 05 Oct 2011

    sampai 2015 kelak harga dia tentu jadi murah yg amat kot..

  2. miizan pada 05 Oct 2011

    Back to nokia?? Should i

  3. DANNIEL SHAZMEER pada 05 Oct 2011

    best

  4. shahrulfaizal pada 05 Oct 2011

    make sure MeeGo sama hebat mcm iOS, BB OS & android….

  5. Hatta pada 05 Oct 2011

    biasa la.nak jual product kena bagi tau support superb.

  6. Hatta pada 05 Oct 2011

    tapi i still love nokia product

  7. kikoz pada 06 Oct 2011

    xde sebab nk beli..

  8. FanDroid pada 06 Oct 2011

    Nice, tapi kalau harga tu kurangkan sket mesti lagi cun.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader