24Oct

Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 – Pencalonan Kini Dibuka

Lain-lain, Web 2.0

Seperti mana yang pernah diperkatakan sebelum ini, kini Nuffnang secara rasminya telah pun mengumumkan mengenai Nuffnang Awards 2011 yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun ini, memperlihatkan blog daripada pelbagai kategori bertanding untuk memenangi anugerah dan hadiah yang ditawarkan oleh Nuffnang dan penaja-penaja untuk acara tersebut.

Nuffnang Awards ini diadakan dua tahun sekali, dan untuk tahun ini, ia akan diadakan di Malaysia buat pertama kalinya. Sebanyak 9 kategori dipertandingkan, termasuk kategori Blog Hiburan Terbaik, Blog Makanan Terbaik, Blog Percutian Terbaik, Blog Fashion Terbaik, Blog Fotografi Terbaik, Blog Geek Terbaik, Blog Ibu Bapa Terbaik, Rekabentuk Blog Terbaik, dan juga Hidden Gem.

Acara akhirnya akan diadakan pada 16 Disember kelak di Kuala Lumpur, dimana pemenangnya akan diumumkan secara rasminya. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mencalonkan blog pilihan anda hari ini, dan lihat mereka menang pada acara tersebut kelak.


Intel Melancarkan Cip Pemprosesan Xeon 6-Teras
Ramalan Inovasi Untuk 5 Tahun Akan Datang Oleh IBM
Facebook Places Kini Boleh Digunakan Di Malaysia
Fungsi Carian Pada Twitter Akan Diberikan Nafas Baru
Transaksi Bernilai Lebih RM10 Juta Berlaku Melalui Lelong.my Setiap Bulan

18 Komen

  1. ejam pada 24 Oct 2011

    amanz.my sila calonkan diri yer, kami akan sokong secara beramai2 agar kali ini benar2 menang bukan mcm kes DiGi awards yg mengecewakan tu..

  2. Haziq pada 24 Oct 2011

    go go amanz.my

  3. emptyspace pada 24 Oct 2011

    kategori Anak Emas Terbaik takde ke sebab skang anak emas dah bertambah

  4. Omar pada 24 Oct 2011

    Aku rasa yang boleh menang lah.. aku RASA lah…

    Blog Hiburan Terbaik -> oh! artis (ohartis.com)
    Blog Makanan Terbaik -> love makan (lovemakan.com)
    Blog Fashion Terbaik -> hanis zalikha (inibelogsaya.blogspot.com)
    Blog Fotografi Terbaik -> nisa kay (nisamenaip.blogspot.com)
    Blog Geek Terbaik -> aman firdaus (amanz.my)
    Rekabentuk Blog Terbaik -> rileks lah (rilekslah.com)
    Hidden Gem -> denaihati ilhamku (denaihati.com)

    • reezluv pada 25 Oct 2011

      baru first time tgk blog fotografi terbaik tu..:D

  5. Hisyam pada 24 Oct 2011

    Aku pun dah tak pasang iklan nuffnang, boleh join ke? Hahaha.

  6. yapompiow pada 25 Oct 2011

    i vote for amanz!

  7. afiqaiman pada 25 Oct 2011

    blogger underground malaysia xmasuk je, kalau yg underground start masuk mmg kita tgk jela :P

  8. topo pada 25 Oct 2011

    tak pasang iklan boleh join ke? uhuk2

  9. umie artoqiemie pada 25 Oct 2011

    goodluck :D

  10. Wizurai pada 25 Oct 2011

    sekali tengok ada sponsor dari TIGER daa….

  11. reezluv pada 25 Oct 2011

    aku pun tak pasang dah..rasanya dia pandang pada yang mengipas je kot..ngeh3


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader