03Oct

Paparan Antaramuka BlackBerry Messenger Untuk Android Mula Kelihatan

Perisian

Sebelum ini, pernah diperkatakan BlackBerry bakal memperkenalkan aplikasi permesejan popular mereka kepada para pengguna platform lain. Menariknya hari ini, paparan pertama antaramuka pertama aplikasi BlackBerry Messenger untuk Android telahmula kelihatan, sekaligus memberikan idea ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ia diperkatakan yang mana aplikasi ini bakal ditawarkan dalam bentuk aplikasi kepada para pengguna Android pada tahun hadapan. Selain daripada BBM untuk Android, BBM untuk iOS juga dijangka akan diperkenalkan. Ia turut diperkatakan yang mana BlackBerry mungkin akan memperkenalkan sebuah caj perkhidmatan untuk para pengguna selain daripada platform BlackBerry untuk menggunakan perkhidmatan mereka itu.

Pada tahun hadapan juga, RIM dijangka turut memperkenalkan peranti berasaskan QNX mereka, sekaligus bersaing dengan sihat bersama pembangun peranti yang lain. Baru-baru ini, BlackBerry telah pun melancarkan peranti BlackBerry 7 selain turut dijangka akan memperkenalkan sokongan aplikasi Android pada BlackBerry PlayBook tidak lama lagi.


Bernama Memperkenalkan Khidmat Berita Melalui BlackBerry
Google Instant Mula Di Uji Pada Perantian Mudah-Alih
RIM Mengesahkan BlackBerry PlayBook Akan Menyokong Aplikasi Android
Celcom Bakal Menawarkan Xperia Play
Aplikasi ChatON Dari Samsung Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android Dan BadaOS

22 Komen

  1. scromix pada 03 Oct 2011

    makin maju~

  2. hanafi bhari pada 03 Oct 2011

    tak aci la cenggini ==’

  3. Rodger pada 03 Oct 2011

    Fuuuuu…..Sakit hati nak tengok begitu banyak calar di permukaan skrin…..

  4. EddyGeek pada 03 Oct 2011

    ramai ingin beli BB ni sebab BBM.. kalau Android pun ada, …… baguslah. haha
    p/s : diorg ni xda fon cantik skit ke nak buat contoh? ke memang gaya tersendiri :-)

  5. adiai pada 03 Oct 2011

    org x copy dah…sbb buruk…huhu

  6. bisyairi pada 03 Oct 2011

    senangla nanti nak chat dgn kawan yg guna bbm ni.. :)

  7. abdjabbar pada 03 Oct 2011

    Uish! BBM masuk Android gitu.

  8. Mear Biaggi pada 03 Oct 2011

    Dasyat skrin dier.. memang betul2 phone belasahan tu..

  9. mohd azizul roosli pada 03 Oct 2011

    beza BBM dengan massanger lain ialah BB PIN so kalau ini berlaku maknanya BBM akan mengenakan caj pada penggunaan BB PIN. sesuatu yg menarik untuk di fikirkan…

  10. Riey pada 03 Oct 2011

    Sediakn duit klu nk gune bbm kt android… Hehehee…

  11. sentap pada 03 Oct 2011

    tak menarik kalo kene bayar.. kasi free ajelah.. :D
    hp dlm gambar tuh mmg calar balar ke??

  12. brobard pada 04 Oct 2011

    nice..

  13. Ahmad Fuad Adzmi pada 04 Oct 2011

    Whatsapp da ade,, lagi bagus kot,, interplatform,, sume ade,,

    • alketam pada 04 Oct 2011

      betull…saya pun guna whatapps….. berbaloi2

  14. snazzybizarre pada 04 Oct 2011

    dasyat btol calar skrin dia….

  15. Ismail pada 04 Oct 2011

    ios bile lagi :P

  16. Roslan pada 04 Oct 2011

    haha gelak je yg best..huhu

  17. IkmalRedza pada 04 Oct 2011

    Kalau tahun depan, memang lambat lagi la. Baru je cadang nak angkat yg murah2 satu, nak guna buat call ngan bbm je kot.

  18. Ahmad Hati pada 04 Oct 2011

    BIla nak keluar ni

  19. razfira pada 04 Oct 2011

    hmmm.. mesti aplikasi berbayar ni.. x moh x moh.. apesal skrin die macam tu? ke corak je? hoho

  20. amoi pada 04 Oct 2011

    tahun depan aku angkut android terus cam ni.

    hehe

  21. zuan pada 04 Oct 2011

    ketinggalan aku dgn teknologi ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader