31Oct

Pengguna iOS Kini Boleh Mengelak Saman Meletak Kenderaan Melalui Parking Mata

Perisian

Setelah memperkenalkan aplikasi Parking Mata untuk para pengguna Android, kini pembangunnya bergerak selangkah kehadapan lagi, dimana kini turut sama telah memperkenalkan aplikasi mereka pada platform iOS, dan menjanji akan memperkenalkan aplikasi yang sama pada platform Symbian pada bulan hadapan.

Melalui aplikasi Parking Mata, ia membolehkan para pengguna untuk mengelak daripada disaman, dimana membolehkan pengguna aplikasi yang sama untuk memberi amaran kepada pemandu kereta pada kawasan yang sama dengan mudah. Bagi anda yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turunnya dan menggunakan aplikasi ini secara percuma pada peranti iOS anda.

Walaubagaimanapun, untuk menjayakan aplikasi ini, ia memerlukan ramai pengguna menggunakannya secara aktif, dan sukar dicapai apabila angka penggunannya amat rendah. Tetapi pada masa yang sama juga, meletak kenderaan sesuka hati dikawasan yang dilarang adalah salah satu perkara yang menyalahi undang-undang.


Antaramuka Internet Explorer 9 Lebih Minimalis Dari IE8
Chrome Frame Kini Lebih Stabil dan Laju
Mozilla Mengemaskini Addon F1 Untuk Firefox
Opera Melancarkan Opera Mobile Store
Kemaskini PlayBook OS 2.0 Akan Diperkenalkan Pada 21 Februari?

7 Komen

  1. alia pada 31 Oct 2011

    org ipoh, jom pakat download ramai2..

    • Fairuz pada 31 Oct 2011

      Hehehe…orang ipoh kayo doh… pakat kena saman ramai2..hehehe

  2. Omar pada 31 Oct 2011

    Meletak kenderaan sesuka hati dikawasan yang dilarang adalah salah satu perkara yang menyalahi undang-undang.

    +1

  3. yapompiow pada 31 Oct 2011

    app yg memudahkan org ramai!

  4. Mashi pada 31 Oct 2011

    baru download
    terbaikkk

  5. Faiz Azlan pada 31 Oct 2011

    download2..

  6. Nisa pada 31 Oct 2011

    Yahoo!Bleh download kat iPod!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader