READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Ingatkah lagi dengan Faces.my? Sepertimana yang pernah kami laporkan sebelum ini, kini pembangunnya dalam fasa akhir, sebelum memperkenalkan versi beta untuk perkhidmatan yang dinantikan itu, dan dijangka akan membuka versi beta tidak lama lagi. Versi akhirnya, dijangka akan dibuka kepada umum sekitar bulan November kelak sekiranya ujian beta ini berjalan dengan lancar.

Melalui laman Faces.my, ia dijangka bakal menyediakan salah satu platform untuk para pembangun menyenaraikan perkhidmatan mereka, disamping para pengguna lain boleh mencari para pembangun yang dikehendaki dengan mudah dan senang. Ianya juga bakal menjadi salah satu laman pencarian freelancer dengan mudah padanya.

Menurut pembangunnya melalui sebuah Tweet, versi beta dijangka akan dilancarkan dalam masa yang amat dekat, dan bagi mereka yang berminat, mungkin boleh mendaftarkan diri pada halaman jemputan di Faces.my dan ikuti kemaskini mereka melalui halaman Tumblr rasmi Faces.my.

We would like to apologize for the delay of Faces.my Beta launch. An official Tumblr post will be coming up. Watch this space for updates!
Oct 01 via Twitter for iPadFavoriteRetweetReply

Terdapat 3 komen

Komen

Nama
Web