13Oct

Pembangun Aplikasi Twitter? Mari Sertai TeaTimeKL Pada 22 Oktober Ini

Lain-lain

Nampaknya, selain daripada acara terkemuka #OctTwtFest yang mensasarkan untuk memecahkan rekod dunia pada 22 Oktober ini, lagi satu acara khas kini dijangka akan diadakan di kawasan sekitar Kuala Lumpur, yang mana akan memfokuskan kepada penggunaan Twitter API pada aplikasi, dimana pasukan Twitter Developer Relations juga dijangka akan berada bersama pada hari tersebut.

Buat masa ini, acara yang disasarkan untuk para pembangun yang menggunakan Twitter API ini dijangka akan diadakan pada 22 Oktober kelak, hari sama dengan #OctTwtFest, namun lokasi yang pastinya masih tidak diketahui lagi. Maklumat lanjut mengenainya juga dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh ikuti akan akaun @TeaTimeKL yang mana melaluinya, pelbagai informasi berkaitan acara khas ini bakal dikongsikan.


Sifoo.com Memerlukan Sumbangan Anda
Kini, Twitter Berkembang Dengan Pesat
Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards Kembali Untuk Tahun 2011
Rekod Perubatan Diakses Melalui Atas Talian Menjelang 2015
Twitter Bakal Diperkenalkan Dalam Sokongan Bahasa Malaysia

3 Komen

  1. zuls pada 13 Oct 2011

    hebat perkembangan twitter kat Malaysia ni.. :)

  2. Fairuz Sulaiman pada 13 Oct 2011

    Twitter melihat pengguna di malaysia antara terbanyak. Maka tidak mustahil jika pihak Twitter mampu untuk melabur di sini,

  3. Ikhwan pada 13 Oct 2011

    Berita baik untuk developer Malaysia!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader