25Oct

Penganalisa : Penggunaan Tablet Dan Telefon Pintar Di Malaysia Dijangka Meningkat Dengan Drastik Pada Tahun 2012

Lain-lain

Melalui analisa yang dilakukan baru-baru ini, ia kini disasarkan yang mana pengguna peranti mudah-alih, terutamanya telefon pintar dan juga tablet dikalangan pengguna digital dijangka akan meningkat naik dengan drastik pada tahun hadapan. Analisa ini dibuat berdasarkan kepada peningkatan penggunaan internet dari hari ke hari oleh para pengguna tempatan.

Menurut Nielsen Malaysia, pengguna digital yang menggunakan tablet sekarang ini adalah sekitar 18% manakala telefon pintar merupakan sekitar 48%. Angka ini dijangka meningkat kepada 75% dan juga 89% masing-masing menjelang pertengahan tahun hadapan.

Menurut Nielsen lagi, lebih daripada separuh pengguna digital Malaysia mengakses internet sehari, dan 68% daripadanya lebih kepada kerana ingin berhubung dengan rakan-rakan mereka. Pada masa yang sama, Nielsen juga melaporkan yang mana melalui bancian yang dilakukan, lebih daripada 10% pengguna mengakses internet melalui telefon pintar ketika menonton televisyen, dan sebanyak 4% mengakses menggunakan tablet ketika melakukan perkara sama.


Flock Di Ambil-Alih Oleh Zynga
Rekabentuk Untuk Baju-T Amanz Diperlukan - Menangi Hadiah Lebih RM200
AmanzRewards : Terima Kasih E-Website
HTC Membeli Sebahagian Pegangan Dalam Beats Electronics
Rangkaian UTP Menghadapi Masalah - Akaun Pengguna Rawak Boleh Diakses

8 Komen

  1. firdaus pada 25 Oct 2011

    terpaksalah buat website comfortable dgn peranti tablet ni :(

    • Piratz pada 25 Oct 2011

      bukan comfortable la.. compatible…

      • Farid pada 25 Oct 2011

        mungkin ayat baru untuk tablet ( hahha )

        • Fikri Adhiey pada 25 Oct 2011

          mungkin memang tu maksudnya……haha bersangka baiklah kawan

          confortable?……hahahaha

  2. null pada 25 Oct 2011

    Kat mana boleh dapat full report Nielsen ni..telco kita sendiri pun tak buat bancian

  3. Jyundoo pada 25 Oct 2011

    pengguna tablet 75% tahun depan. hoho adakah aku slh seorg penggunanya he

  4. zuan pada 25 Oct 2011

    hmm menarik~ sy antara yg akan menggunakannya satu hari nanti :D

  5. Aikhil pada 26 Oct 2011

    ..mmg confortable laa ..hehee


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader