Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam masa 19 jam lagi (sejak artikel ini ditulis), Motorola bakal memperkenalkan peranti baru mereka, yang mana lebih pantas dan nipis berbanding pesaing yang lain. Menariknya, setelah satu per satu info berkaitan dengannya kedengaran, kini gambar peranti yang bakal diperkenalkan itu telah pun mula kelihatan di arena internet.

Peranti yang bakal dikenali dengan nama Motorola Razr atau Spyder itu sebelum ini telah pun diperkatakan akan membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, 1GB RAM dan juga skrin sentuh 4.3-inci bersama-sama dengannya. Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak diketahui Android versi manakah bakal dibawakan olehnya memandangkan esok, Google akan memperkenalkan Ice Cream Sandwich secara rasminya.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Motorola esok dan nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh pihak Motorola dalam usaha menarik para pengguna menggunakan peranti mereka.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
harap motorola power la
Motorola dah power kat us and other country.. kat malaysia he.. sedih.. malaysian ni tau gadget2 overated je.
salah motorola jugak sbb x working hard utk promotion. tgk camne samsung and of course apple nye promo. gile2 punya. aku penah guna motorola and even dia kua tahun 2009, aku still leh optimise utk latest apps yg normally sesuai utk current high end android phone. cuma motorola malaysia support xberapa sgt. mcm service susah, accesories pon pyah nk dpt. itu yg sakit sikit tu kalo pakai motorola. spec wise and functionality, sometimes better than samsung/HTC.
takde pengedar rasmi utk product motorola ni.. tu je.. maybe malaysia bukan motorola target customer. maybe mereka still focus other region.
mungkin juga. maka cemane power pon peranti motorola,mmg xdpat rase la kita sampailah ade pembawa
harap pakai android ice cream sandwich,,