Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh rakan-rakan baru atau ahli perniagaan adalah bertukar-tukar kad perniagaan, yang mana kadangkala akan membuatkan anda kehilangan salah-satunya, dan sukar menghubungi seseorang atau sesuatu pihak itu. Perkara ini cuba diatasi oleh beberapa orang pembangun tempatan melalui produk baru yang dinamakan sebagai Radd.me.

Melalui Radd.me, setiap pengguna akan diberikan sebuah URL khas yang unik dan mudah diingati berdasarkan nama pengguna mereka (contoh : Radd.me/AmanFirdaus), dimana para pengguna hanya perlu memberikan pautan tersebut, ataupun dengan lebih mudah lagi, anda boleh membukanya melalui peranti pintar anda, dan meminta rakan baru anda itu memasukkan emel sahaja padanya, dan ia akan ditambah secara automatik pada senarai hubungan anda.
Pada masa yang sama, anda juga akan menerima emel dengan data berkenaan dengan nama, jawatan, nama syarikat dan juga nombor telefon pengguna tersebut melalui emel terus kepada anda, sekaligus memudahkan anda mendapatkan hubungan dan rakan baru dengan mudah.
Buat masa ini, Radd.me masih lagi pada peringkat beta, dan beberapa fungsi baru dijangka akan ditambah secara berperingkat dari semasa ke semasa oleh pembangun mereka. Bagi anda yang ingin mengujinya, boleh ke laman Radd.me, dan daftarkan akaun percuma anda hari ini.
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mudah.. bagus2…
bagus jugak ni,senang dan mudah nak bertukar-tukar kad melalui radd-me
macam best jer…
macam http://about.me
+1
hampir sama about.me p nampak yg membezakan ialah, kat part share email tu, menaril jugak
Wah, best2… Tapi simple sgt..hu3.. Harap2 boleh di’upgrade’ bagi menarik lagi..
cool
aplikasi yg menarik
dah ‘sign-up’. aplikasi yang agak menarik.
antaramuka boleh dikemaskan lagi.
nice. terbaik utk biz
wow… like2..
nice..online business card
Grats to the team but remind me of hashable?
super awesome! – aku dah share ngan kawan2
tengok interface design khas untuk mobile nyer apps nih
Bagus jugak benda ni.. takut plak nanti terlampau senang guna, senang sangat terbocor maklumat syarikat…
fuyoo, terus masuk address book mekbook aku
terbaik la korang
simple