11Oct

Laman RakanSukan Versi Beta Sedia Diuji Oleh Semua Pengguna

Web 2.0

Setelah ditangguhkan sekian lama, akhirnya, kini kelihatan RakanSukan versi Beta telah pun boleh diuji oleh semua pengguna. Pada masa yang sama, pembangunnya, melalui laman tersebut turut memperkatakan yang mana versi penuh laman RakanSukan bakal dilancarkan sekitar penghujung tahun ini, ataupun pada awal tahun hadapan.

Secara ringkasnya, RakanSukan adalah laman sosial yang memfokuskan kepada para peminat sukan dimana melaluinya mereka bikan sahaja boleh mengenali rakan-rakan mereka yang mempunyai minat yang sama, tetapi turut sama mengetahui mengenai acara-acara yang bakal diadakan, serta fasiliti dan akademi berdekatan yang boleh disertai oleh mereka.

Berbeza dengan beberapa laman sosial yang menarik data daripada Facebook melalui Facebook Connect, laman RakanSukan dilihat menarik data gambar kita daripada Gravatar berdasarkan kepda alamat emel. Pada masa yang sama, anda juga boleh memuat-naik gambar sendiri dan mengubahnya disana.

RakanSukan juga turut sama menyediakan halaman profil yang tersendiri dengan menggunakan URL yang berdasarkan pada nama pengguna. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri pada laman RakanSukan dan mula menggunakannya sekarang.

Tips awal daripada @od3n


Facebook Bakal Mengemaskini News Feed Dan Butang Like
Pembangun TwitPic Melancarkan Pesaing Twitter - Heello
Dengan Pengenalan Pelbagai Fungsi Baru, Isu Privasi Kembali Menghantui Facebook
Facebook Melancarkan Butang Subscribe Untuk Digunakan Pada Laman Web
Aplikasi Firefly Mobile Kini Di AppStore Dan Google Play Store

21 Komen

  1. Eizil pada 11 Oct 2011

    Marilah kita bersukan… :)

  2. Affan pada 11 Oct 2011

    Aman kalau tak bersukan gak taktau la. Macam 24/7 depan laptop je. Profil dah ada tu hahahah

    • Juan pada 11 Oct 2011

      mcm betul jugak ko cakap, hehe

    • van der Rui pada 11 Oct 2011

      ahha :D

    • IkmalRedza pada 11 Oct 2011

      Yang dia bagitau dulu, dia kaki bangku… hehe betul ke aman?

      • Aman pada 11 Oct 2011

        hoi..hoi..bocor rahsia. haha.

  3. ejam pada 11 Oct 2011

    akhirnya dilepaskan juga, tgk pada designnya menarik juga tapi konsepnya aku masih tak dpt tangkap lagi..

  4. zool pada 11 Oct 2011

    mesti mau daftar ni..

  5. yapompiow pada 11 Oct 2011

    register!

  6. phoenixstudio pada 11 Oct 2011

    ko main sukan ape aman?huhuu

  7. Fairuz Sulaiman pada 11 Oct 2011

    Hehhehe…dia pakai cakePHP ke

  8. IkmalRedza pada 11 Oct 2011

    Website tak boleh akses? Ataupun sedang dikemaskini?

  9. Faiz Azlan pada 12 Oct 2011

    sukan.. :)

  10. shaharil pada 12 Oct 2011

    Yeay.. dah register. Bersukan lah lepas ni…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader