03Oct

Rekabentuk Halaman Profil Faces.my Diperlihatkan – Dilancarkan Kepada Semua Pada 1 November

Web 2.0

Salah satu laman yang dinantikan oleh ramai pembangun tempatan adalah laman Faces.my yang dijangka akan memperkenalkan ujian beta mereka tidak lama lagi. Buat masa ini, informasi berkaitan laman tersebut masih lagi samar-samar. Namun begitu, menariknya, ia kini kelihatan rekabentuk halaman profil untuk laman Faces.my telah pun mula kelihatan melalui laman Twitter.

Melaluinya, ia memperlihatkan yang mana halaman profil tersebut kelak akan menyenaraikan skil-skil yang dimiliki oleh seseorang pembangun itu, selain disamping akan membolehkan para pengguna lain untuk menghubungi pembangun untuk kerja-kerja freelance dengan mudah terus melalui laman tersebut. Pada masa yang sama, status semasa pembangun tersebut, samaada boleh memberikan komitmen ataupun sebaliknya turut sama diperlihatkan pada bahagian tepi laman tersebut.

Faces.my juga bakal mengintegrasikan fungsi seumpama laman About.me, membolehkan para pengguna turut menyenaraikan profil di laman-laman sosial yang lain dengan mudah, serta membolehkan pelanggan mereka sebelum ini untuk memberikan testimonial dan sebagainya dengan mudah dan senang.

Faces.my dijangka akan dilancarkan kepada umum pada 1 November kelak, dan ujian betanya dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat ini.


WordPress 2.8 Beta 1 Sedia Untuk Di Uji
GengBlogger Bakal Menggantikan Facebook Connect Dengan Akaun Twitter
Nokia Bakal Mematikan Sokongan Ovi Share Bermula 30 Mei 2012
Mozilla Melancarkan Permainan Berasaskan HTML5 - BrowserQuest
Laman WUpload Mematikan Sokongan Perkongsian Fail

10 Komen

  1. Omar pada 03 Oct 2011

    Menarik. Semoga lebih ramai freelancer dapat listed kat sini berbanding di lowyat.net forum tu..Haha

  2. topo pada 03 Oct 2011

    kemas dan nampak pro. nice :)

  3. yapompiow pada 03 Oct 2011

    cam Google+ pn ada jgk.. about.me pn ada jgk..
    apa2 pn tetap menarik

  4. IzhamHasan pada 03 Oct 2011

    menarik nampak

  5. matt pada 03 Oct 2011

    tak sabar.

  6. Nisa pada 03 Oct 2011

    Senang nak outsource!

  7. Bro Framestone pada 03 Oct 2011

    memang menarik ini…

    tengah fikir… rasa cam xde pe2 skill je sekarang nie

  8. rajawali malaya made by hand pada 03 Oct 2011

    stick dg fb n google+ je bayk2 layan buat sakit pale…ahhaks

  9. azraai pada 03 Oct 2011

    patut follower tiba-tiba banyak.

  10. syafieq pada 04 Oct 2011

    19 on 5th may? peh…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader