Cari @ Amanz

Salah satu laman yang dinantikan oleh ramai pembangun tempatan adalah laman Faces.my yang dijangka akan memperkenalkan ujian beta mereka tidak lama lagi. Buat masa ini, informasi berkaitan laman tersebut masih lagi samar-samar. Namun begitu, menariknya, ia kini kelihatan rekabentuk halaman profil untuk laman Faces.my telah pun mula kelihatan melalui laman Twitter.

Melaluinya, ia memperlihatkan yang mana halaman profil tersebut kelak akan menyenaraikan skil-skil yang dimiliki oleh seseorang pembangun itu, selain disamping akan membolehkan para pengguna lain untuk menghubungi pembangun untuk kerja-kerja freelance dengan mudah terus melalui laman tersebut. Pada masa yang sama, status semasa pembangun tersebut, samaada boleh memberikan komitmen ataupun sebaliknya turut sama diperlihatkan pada bahagian tepi laman tersebut.

Faces.my juga bakal mengintegrasikan fungsi seumpama laman About.me, membolehkan para pengguna turut menyenaraikan profil di laman-laman sosial yang lain dengan mudah, serta membolehkan pelanggan mereka sebelum ini untuk memberikan testimonial dan sebagainya dengan mudah dan senang.

Faces.my dijangka akan dilancarkan kepada umum pada 1 November kelak, dan ujian betanya dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd