Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, bulan Oktober ini bakal menjadi antara bulan yang sibuk di dunia teknologi. Selain Nokia World yang bakal diadakan pada bulan ini, RIM juga bakal mengadakan DevCon pada bulan ini, dan beberapa ura-ura awal mula memperkatakan yang mana RIM bakal memperkenalkan sistem operasi baru yang dikenali sebagai BlackBerry X ataupun BBX.
BlackBerry X ini diperkatakan merupakan penjenamaan semula untuk sistem operasi berasaskan QNX. Ia juga dijangka sistem operasi yang kini digunakan pada tablet mereka itu mungkin akan disatukan bersama-sama sistem operasi telefon pintar mereka, khas untuk peranti-peranti berasaskan QNX yang bakal dilancarkan selepas ini.
BlackBerry DevCon bakal diadakan pada 18 Oktober ini, dan mungkin kita boleh menantikan pengumuman menarik daripada pihak RIM pada tarikh tersebut. Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
RIMpire Strikes Back!
rebranding QNX la ni. BB OS 6, 7 8 takde, 9 takde terus X?
dia loncat lebih tuuuu
Bagus gak wat branding camtu. Orang jadi tak confuse bila nak beli apps nanti.
*tapi nampak macam kekejuan lak guna nama X kat ujung, considering beberapa sebab tertentu*
BBx, style jgak nama tu. cool
huhu.. laju sg teknologi sekarang ni.. tak terkejar.. kalau kejar memang habis duit..
aku nk kluar OS baru gak, BMX.
=)) wakakaakkakaka . naise joke
BBX ..satu nama yang agak smart tu