Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang dinantikan ramai hari ini adalah pengumuman Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri kita, Najib Razak. Menariknya, selain daripada Twitter, kini saluran televisyen utama negara, RTM telah pun menyediakan sebuah halaman khas untuk para pengguna mengikuti siaran langsung Belanjawan 2012 terus melalui web.
Ia dilihat yang mana RTM telah pun mula menguji halaman tersebut dengan menyiarkan siaran RTM1 terus melalui web. Menariknya, halaman tersebut turut sama dioptimasikan untuk para pengguna peranti iOS, dengan sebuah halaman khas disediakan untuk pengguna tersebut.
Pada masa yang sama, RTM turut sama mengintegrasikan fungsi komen Facebook, membolehkan para pengguna membincangkan perkara tersebut, sambil mengikuti perkembangan semasa belanjawan 2012 terus melalui web.
Tips daripada Alif Amzari
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dekat http://www.treasury.gov.my/ pon ada tak silap aku. lepas tu direct boleh download teks belanjawan pukul 6.00ptg bila dah abes siaran
Hmmmmmmmmm!!! Musykil gwe!
taun lepas pon ade gak.. dibawakn oleh TM. taun ni.. xde sponsor..
tahun lepas TV3 ada buat streaming online… tahun entah ada ke tidak
booo RTM
Kasihan Rehat Tunggu Mati (RTM) kena booo
not bad. smooth jugak.
Tunggu petang la tengok smooth ke tak….La nie memang la smooth, brapa kerat sangat orang masuk……
not bad..
keep it up rtm
dulu nama di abelanjawan. sekarang jadi bajet.
boleh tgk kt opis huhu
Canggih!
terbaek boh!!!