14Oct

Samsung Dan Google Bakal Memperlihatkan Ice Cream Sandwich Pada 19 Oktober

Gajet, Google

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini Samsung sendiri telah mengesahkan dengan mula menghantar jemputan kepada para media, dimana Samsung dan juga Google bakal mengadakan sebuah acara khas pada 19 Oktober ini di Hong Kong, dan juga pada masa yang sama turut akan disiarkan secara langsung melalui halaman YouTube khas.

Dan seperti mana yang dinantikan ramai, acara tersebut dijangka akan memfokuskan kepada Android 4.0 ataupun yang turut dikenali sebagai Ice Cream Sandwich. Pada masa yang sama, Samsung juga turut dijangka akan memperkenalkan peranti generasi baru mereka, yang dikenali sebagai Nexus Prime buat masa ini.

Sama-sama kita nantikan acara tersebut pada hari Rabu depan, dimana kami di Amanz akan membawakan kemaskini pantas daripada acara tersebut.


Google Memberikan Perhatian Serius Kepada Permainan
Perantian Chrome OS Dipasaran Bermula Pertengahan Tahun Ini?
Windows 8 build 7989 Kini Tersebar Di Internet
ASUS EeePad Slider Akan Datang Ke Malaysia Tidak Lama Lagi
Iklan Terbaru Samsung Memfokuskan Kepada Para Peminat Apple

10 Komen

  1. Ismail pada 14 Oct 2011

    aik…smartfone pon boleh ke 4.0?

  2. amint pada 14 Oct 2011

    same plak tarikhnye ngan befday aku :)

  3. IkmalRedza pada 14 Oct 2011

    Pihak Amanz.my dapat jemputan tak?

  4. Roslan pada 14 Oct 2011

    harap2 cepat la kuar custom rom..lol

  5. budakudm pada 14 Oct 2011

    waktu di hong kong sama dgn malaysia kan?boleh la tgk live….go ICS go android….

  6. Norasikin pada 14 Oct 2011

    sejuk sangat ke android tu sampai dipanggil eskrem?

    • Blangkat Ahmad Basimin pada 14 Oct 2011

      komen komen nob android lah ni. isk isk

  7. syahrilhafiz pada 14 Oct 2011

    pergh..untunglah kalau boleh grab ni

  8. sinach pada 14 Oct 2011

    looking forward utk ICS ni. lpas ni xde lg issue fragmentation kat android.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader