19Oct

Samsung Mengumumkan Peranti Ice Cream Sandwich Pertama – Galaxy Nexus

Gajet

Seperti mana yang dinantikan, akhirnya hari ini Samsung telah pun mengumumkan peranti mereka yang dinantikan ramai, dan dikenali awal sebagai Nexus Prime. Samsung kini memanggilnya sebagai Galaxy Nexus, dan merupakan peranti pertama yang menggunakan Android 4.0 ataupun lebih dikenali sebagai Android Ice Cream Sandwich bersama-sama dengannya.

Melalui Samsung Galaxy Nexus, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, serta skrin seluas 4.65-inci bersama sokongan paparan HD Super AMOLED. Seperti diperkatakan sebelum ini, Galaxy Nexus turut sama membawakan kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan rakaman 1080p serta kamera hadapan 1.3-megapixel. Galaxy Nexus turut sama membawakan beberapa sokongan lain, termasuk sokongan NFC padanya. Ia juga turut sama didatangkan dengan barometer padanya.

Menariknya, Galaxy Nexus turut sama membawakan beberapa fungsi menarik bersama-sama dengannya, dimana salah satunya adalah sokongan untuk nyah-kunci peranti menggunakan sokongan wajah melalui fungsi yang dipanggil Face Unlock. Berkemungkinan ia merupakan salah satu fungsi yang disertakan bersama-sama Android Ice Cream Sandwich.

Galaxy Nexus ini dijangka akan mula dijual bermula pada bulan November ini di Asia.


HTC Desire - Internet Dan Multimedia Pada Satu Gajet
12 Mei Berlalu Tanpa Pengumuman HTC Flyer Dari Maxis
Pandang Pertama Motorola RAZR
Ulasan : Samsung Galaxy Nexus
Telefon Mewah Android Aston Martin Mula Dijual

16 Komen

  1. HazwanMohd pada 19 Oct 2011

    wawawawa…
    samsung semakin kehadapan!! hee

    • tiqa pada 19 Oct 2011

      Cun giler nexus ! minat sangat.. :) )

  2. syuk606 pada 19 Oct 2011

    wah…makin lebar pulak phone nye..

  3. qimax pada 19 Oct 2011

    demo face unlock xjd…..
    hahhaha

  4. Haf pada 19 Oct 2011

    Aplikasi Beam, paling mengujakan!!!!!

  5. Aikhil pada 19 Oct 2011

    ..demo x jadi? ..hehee lawak btoi
    ..phone lebar tu rasa masa mula2 gune je.. kalau dh biasa, x selesa lak guna yg kecil..

  6. abdjabbar pada 19 Oct 2011

    wuhuuuuuu!!! saya memang sukakan ice-cream ini!!!

  7. ichigo pada 19 Oct 2011

    You make my day Google…

  8. reezluv pada 19 Oct 2011

    oo yeah..rasa mcm sedap je Nexus tu..:D

  9. Jibam pada 19 Oct 2011

    Galaxy S3 akan ada semua ini dan lebih lagi…tunggu…mungkin juga Iris ..utk lawan iphone45 siri.

  10. mejuez pada 19 Oct 2011

    Perghhh terbaek!

    Tapi asal 5MP je.. T_T

    • scromix pada 19 Oct 2011

      kalo kamera 8 da power

    • John pada 20 Oct 2011

      5Mp camera Nexus lain dr yg lain. quality nye lg better dr 8MP. bleh tgk review camera kat engadget.

      Walaupun camera nmpk mengecewakan, kualiti and resolution screen is the best.. dah sama dgn laptop.. HD screen tu.. 1280×720.

      • IR pada 22 Oct 2011

        biar betik 5mp dia lgi lawa dri 8mp.. jap nk cri article tuh gk.. ni yg jtuh hati kt nexus prime ni

  11. Syukri Lajin pada 19 Oct 2011

    nak porn tu gak.. :(

  12. shahrulfaizal pada 20 Oct 2011

    pergghh…last2 x buat keja lain, asik melayan device ni je…pape pun terbaik la Samsung..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader