Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan tamatnya pengumuman iPhone 4S, kini dunia tertumpu kepada peranti akan datang daripada Samsung dan juga Google yang bakal diperkenalkan pada 12 Oktober kelak. Ramai yang kini mengatakannya yang mana berkemungkinan besar, Nexus Prime yang menggunakan Ice Cream Sandwich akan diperkenalkan kepada umum pada acara tersebut.

Buat masa ini, apa yang bakal dibawakan melalui Nexus Prime masih lagi tidak diketahui. Tetapi daripada video promosi ringkas yang diperlihatkan oleh Samsung, ia menunjukkan sebuah peranti yang melengkung, sekaligus menjadikannya kelihatan menarik.
Spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui, tetapi yang pastinya ia akan membawakan sokongan NFC dalam mempromosikan Google Wallet, selain mana turut akan membawakan cip pemprosesan yang lebih pantas daripada semua peranti sedia ada.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya tidak lama lagi.
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ni baru best dari iphone 4s
perghh ni lagi best dari iPhone 4S!!
cant wait. mau stay up utk baca live blogging
wuhuuu! simple dan menarik promo ia! terbaik!!!
Hee.. mmg terbaik..
terus tenggelam berita psl iPhone4s tu bila keluar berita ni. huhu
aku lebih teruja menanti ice cream dari new iphone…
this is insane -.-
nie lagi menarik dari iPhone 4s… lain dari lain…
only a PRIME can save us.
ini yg aku tggu
iphone 4S yg baru pn kalah dengan Samsung Galaxy S II. Ni ada yang baru pulak. Terbaik la dari Samsung
hahaha. samsung amik kesempatan. n samsung never fail to get interesting so far
Harap-harap kali ni takde Nexus yang sangat plasticky macam Nexus S. Lebih baik diaorang sediakan perkakasan Nexus yang lebih solid. Walau apa pun, teaser video tu memang TERBAEK…
aku stil dk tnggu bila smsung galaxy R wujud kt mlysia..ataupn dh wjud kt mlysia tp aku ja yg xtau…huhu..
leh tahan gak samsung ni…must grab it soon ;_
nampak macam samsung galaxy skin jer..
http://carca-marba.blogspot.com/2011/09/samsung-galaxy-skin-smartphone-yang.html
handset ni berbentuk bujur kan? pernah tengok dalam majalah e-ring.. lebih kurang la
ni ke samsung yang ley mlengkung tu?erm…lagi gempak dari apple…:)