Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkhidmatan perkongsian video yang dibangunkan oleh pembangun tempatan adalah Satoo.tv, yang mana membolehkan para pengguna berdaftar untuk memuat-naik video dan berkongsi melalui laman tersebut dengan mudah. Namun apa yang mendukacitakan adalah dimana perkhidmatan tersebut seperti tidak digunakan buat suatu masa yang agak lama.

Jikalau dibandingkan dengan perkhidmatan seumpamanya yang lain, yang mana turut dibangunkan oleh pembangun tempatan adalah 1Tube.my. Namun, ia kelihatan yang mana Satoo.tv kelihatan lebih menarik dan lebih kemas berbanding 1Tube.my.
Selain daripada itu, Satoo.tv turut sama mempunyai pelbagai saluran menarik, dan salah satu saluran yang menarik dan popular adalah termasuk 15Malaysia yang pernah popular suatu ketika sebelum ini.
Walaubagaimanapun, ia amat mendukacitakan kerana perkhidmatan seumpamanya seperti tidak digunakan oleh para pengguna tempatan. Namun, mungkin kesilapan pihak pembangun sendiri tidak mempromosikannya kepada para pengguna temptan.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Tak pernah tau pun.. Ni promosi tak cukup kuat le ni
betul tu… macam mana nak ‘vogue’ kalau tak buka ‘tirai’ ..
betul2…
..promote la abis-abisan mcm mudah.my mula2 dulu ..asal buka internet je msti nampak iklan mudah.my ..skang ni nk jmpe iklan mudah.my pun jarang sgt, sbb dah mmg ramai yg tahu ..tgk kesan iklan tu, sampai mudah ni jd 1 of the best malaysian site ..promosi2 ..iklan2
Ni pun pertama kali dengar .. kalo amanz tak bagitau, memang tak tau la .. hahaha
+1
ramai xtau pasal Satoo nie.
“Namun, ia kelihatan yang mana Satoo.tv kelihatan lebih menarik dan lebih kemas berbanding 1Tube.my.” –> WIN!
bru first time thu psal ni
+1
mungkin lepas ni ramai yang mencuba satoo tv ni
waaaa…x tau pun sblum nie ada gak kandungan tempatan berasaskan video streaming selain tube1.com. Apapun, sebuah laman yang bagus dengan streaming yang laju gak la…
haha, kene tgk ni. x kene blok lagi kt opis
Yup, tak tahu pun berkenaan app ni…