17Oct

Sebanyak 32.1% Masa Pelayaran Pengguna Malaysia Adalah Dengan Mengakses Rangkaian Sosial

Lain-lain, Web 2.0

Melalui statistik terkini yang dikeluarkan oleh pihak comScore Malaysia, ia kini kelihatan yang mana aktiviti utama para pengguna Malaysia ketika berada atas-talian merupakan melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Melalui data yang dikeluarkan, ia kelihatan yang mana 32.1% daripada masa melayari internet dihabiskan dengan melayari laman sosial sahaja oleh para pengguna tempatan.

Angka tersebut turut sama memperlihatkan peningkatan sebanyak 5% sejak daripada tahun lepas. Bertambah menguatkan lagi perkara ini apabila kini lebih banyak syarikat mula memfokuskan kepada pemasaran digital dan sosial melalui laman-laman Facebook dan juga Twitter.

Selain daripada pelayaran laman sosial, para pengguna tempatan juga gemar menggunakan internet untuk mendapatkan hiburan (sebanyak 11.5%), diikuti melayari laman portal (11.0%), mengakses permesejan pantas seperti Yahoo! Messenger, Windows Live Messenger dan lain-lain (5.3%) dan akhir sekali menggunakannya untuk mengakses emel berasaskan web (4.2%).

Terima kasih Azam


Transaksi Dalam Ringgit Malaysia Melalui PayPal
Nokia Memperlihatkan Kemerosotan Jualan Dan Pendapatan
Laman Perkongsian Popular, MegaUpload Ditutup Atas Sebab Hak Cipta
Twitter Akan Memperluaskan Penggunaan Halaman Profil Untuk Jenama Pada Bulan Februari
Aplikasi Petronas PitStop Dilancarkan Untuk Pengguna Android

3 Komen

  1. amoi pada 17 Oct 2011

    kehkekeh. kemain kajian ni.

  2. ekspresiruang pada 17 Oct 2011

    xpasti samada ni satu perkembangan positif atau negatif

  3. nur pada 18 Oct 2011

    lepastu buat kajian dekat negara lain dan dapatkan satu output dr statistic ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader