23Oct

Sokongan Aplikasi Android Pada PlayBook BBX 2.0 Diperlihatkan

Perisian

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini, pada BlackBerry DevCon yang baru-baru ini diadakan, Research In Motion telah pun mengumumkan sistem operasi PlayBook yang terbaru, dikenali sebagai BBX 2.0. Menariknya, kini salah seorang pembangun telah pun mengujinya, dan memperlihatkan sokongan aplikasi Android padanya.

Melalui video tersebut, ia memperlihatkan yang mana aplikasi Android berjalan tanpa sebarang masalah, dan dijalankan dengan lancar sekali. Pada masa yang sama, ia juga turut didatangkan melalui sebuah butang akses pantas, membolehkan anda mengakses pelbagai aplikasi Android dengan mudah dan pantas, tanpa sebarang masalah.

Adakah dengan BBX 2.0, ia akan memenangi hati para pengguna untuk menggunakan kembali peranti BlackBerry?


Chrome 7.0 Beta Di Lepaskan Oleh Google
Chrome 9.0 Boleh Di Uji Melalui Saluran Pembangun
Firefox 6 Versi Akhir Mula Kelihatan Pada Pelayan FTP Mozilla
Google Chrome 16 Membawakan Sokongan Multiple Profile
ProductiveMuslim Melancarkan Aplikasi iOS - iTaskinator

12 Komen

  1. amir pada 23 Oct 2011

    mcm style!

  2. ali mamak pada 23 Oct 2011

    memang style la… bagus btl la pembangun rim ni

  3. sinach pada 23 Oct 2011

    maka BB kembali relevan. hmm, leh la usha playbook camne pasni. dulu aku igt platform ni akan folo WebOS. mungkin belom lg.

  4. Aikhil pada 23 Oct 2011

    ..google products juga yg mantop n meletop

  5. Jwan pada 23 Oct 2011

    Kenapa BB now gne Android-based app eh? Ape motif BB? Hmmm.

    • Acat pada 23 Oct 2011

      cut short on development time for apps. diorang sedar kalau takde apps, susah la nak stay relevant. and this android compatibility will also be present dalam the bbx phones too.

  6. zerous pada 23 Oct 2011

    nak tumpang android market rupernyer…huhuhu..

    • sinach pada 23 Oct 2011

      bagi aku ini adelah win-win situation untuk BB n Android. sbb Android Market akan berkembang and developer trus develop android’s apps sbb dia punya market makin besar(sbb BB da masuk skali). bila Android Market byk apps, improve Android OS sendiri(one of the iOS point adelah apps yg banyak). maka ramai yg akan beli Android phone.

      di pihak BB pula, phone mereka masih relevant sbb byk apps. and kalo dia improve OS dia, MUNGKIN boleh mengalahkan Android. mungkin la kan..siapa tahu

    • Rais pada 24 Oct 2011

      bukan.. diorg hnya Port Andorid app yg compatible (Developer dah sedia maklum mnegenai Syarat n etc) dan sesuai utk digunakan di BlackBerry PlayBook (sbgai Tablet Professional). Platform BBX 2.0 yg ble running android jadi daya tarikan pengguna, Khususnya pgguna BlackBerry, d mana pguna BB masih boleh guna Bridge Application di Playbook d samping boleh guna aplikasi android yg d ingini tanpa perlu ada dua gadget yang berbeza. :)

  7. Saiful Danny pada 23 Oct 2011

    recent application tuh xcantik la design dye punye menu..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader