10Oct

Sony Ericsson Malaysia Melancarkan Xperia Active Dan Xperia Arc S

Gajet

Setelah sekian lama dinantikan, Sony Ericsson Malaysia hari ini telah pun melancarkan Xperia Active, iaitu peranti yang dikhaskan kepada mereka dengan gaya hidup aktif, dan gemar bersukan dan menjalani pelbagai aktiviti harian di luar. Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui, dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Melalui Xperia Active, ia membawakan skrin sentuh seluas 3-inci dengan resolusi sebesar 320×480 pixel, kamera 5-megapixel, sokongan Bravia Mobile dan juga menggunakan Android 2.3 Gingerbread. Pada masa yang sama, sebagai ciri-ciri tambahan, Xperia Active turut sama membawakan badan yang tahan lasak, dan juga kalis air.

Bersama-sama dengan pelancaran Xperia Active, Sony Ericsson Malaysia sekali lagi turut mengumumkan mengenai Xperia Arc S. Beberapa kedai telah pun mula mengambil pra-tempahan, dan harganya dijangka akan diumumkan secara rasminya tidak lama lagi.


DiGi Menawarkan Samsung Galaxy S2 Pada Harga Serendah RM1349
Ovi Store Dijenamakan Semula Menjadi Nokia Store
Celcom Menawarkan Droid Razr Pada Harga Serendah RM1308
Samsung Antara Pihak Yang RIM Berbincang Mengenai Penjualan?
Pengguna HTCSense.com Diberikan Tempoh Sehingga 30 April Sebelum Data Dipadam

11 Komen

  1. nur pada 10 Oct 2011

    kembali kepada nokia yg ada termometer nokia 5230 x silap, tahan air, masuk air pun ok lg. skng bru ada xperia mcmni..

    • Denim pada 10 Oct 2011

      betul betul

  2. Ahmad Fuad Adzmi pada 10 Oct 2011

    cool

  3. kopisoda pada 10 Oct 2011

    harap harganya “menarik” :)
    teringin nak beli nih :D

  4. Syafiq Kamil pada 10 Oct 2011

    Kalis air? .. macam tough je bunyi .. interesting ..

  5. ekspresiruang pada 10 Oct 2011

    yg ni mmg sesuai kot dgn working surrounding aku. huhu

  6. hanafi bhari pada 10 Oct 2011

    makin canggih :3 nk g mne ==’

  7. aku pada 10 Oct 2011

    boleh bawa pi mandi…main angry bird….

  8. alia pada 10 Oct 2011

    wow kalis air..senang la klau cmtu..

  9. amoi pada 10 Oct 2011

    makin lama makin canggih Xperia sekarang. HAHA

  10. toha pada 11 Oct 2011

    yang ni sesuai untuk aku pakai.
    keje lasak kene pakai handphone camnie..
    tak sabo rse nye nk beli.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader