27Oct

Sony Mengambil-Alih Pegangan Ericsson Di Dalam Sony Ericsson

Gajet

Seperti pernah diperkatakan sebelum ini, hari ini Sony Ericsson secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan menjadi subsidiari penuh dibawah Sony, sekaligus membolehkan Sony mengintegrasikan penuh produk-produk dan perkhidmatan mereka dibawah jenama yang sama dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.

Melalui apa yang diumumkan, Sony akan mengambil-alih 50% pegangan Ericsson pada Sony Ericsson, dan melaluinya, Ericsson akan menerima pembayaran sebanyak EUR 1.05 billion. Perjanjian dan pengambil-alihan ini dijangka akan berakhir sepenuhnya pada Januari 2012.

Sebelum ini, Sony turut sama pernah mengumumkan tablet mereka, dan mungkin dengan pengumuman pengambil-alihan ini, kita akan dapat melihat bahagian tablet Sony dan juga bahagian telefon pintar dan mudah-alih Sony Ericsson bekerjasama dengan lebih erat lagi, selain turut melihat beberapa perkhidmatan Sony seperti PlayStation dan lain-lain diperkenalkan para peranti mudah-alih mereka.


Adobe Memperlihatkan Tablet Android Bersama Flash
(Video) Demo Fungsi NFC Pada Peranti Symbian Belle Dari Nokia
Nikon D4 Dengan 16.2 Megapixel Diperkenalkan Secara Rasmi
(Video) Nyah-Kotak Nokia Lumia 800 Dengan Windows Phone
Samsung Antara Pihak Yang RIM Berbincang Mengenai Penjualan?

6 Komen

  1. awis pada 27 Oct 2011

    nice2

  2. Najib pada 27 Oct 2011

    jadi tiada lagi ericsson pada sonyericsson? boleh panggil sony experia je pasni??

  3. hazari pada 27 Oct 2011

    so.. takder la nama “ericsson” kat phone keluaran sony lepas ni ?

  4. Aikhil pada 27 Oct 2011

    ..sony nak kejar samsung dlm phone tech lak ke? ..terus berlawan, kita gak yg utg

  5. imran pada 27 Oct 2011

    cool

  6. nur pada 28 Oct 2011

    Ericsson dah tumpu pada pengeluaran pemancar. ada je jenama Ericsson pada gendang pemancar. nama sony takde


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader