Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Studio animasi Les Copaque bukanlah nama yang asing di Malaysia. Melalui siri animasi Upin dan Ipin sahaja mereka sudah berjaya merangkul lebih 30 anugerah didalam dan luar negara. Semalam sidang redaksi Amanz.my telah berkunjung ke studio animasi Les Copaque di Shah Alam. Dalam lawatan selama lebih satu jam ini kami diberikan akses sepenuhnya kepada kesemua bahagian studio.
Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimanakah rupa studio yang menghasilkan Upin dan Ipin hari ini soalan anda bakal terjawab. Dibawah ialah pilihan beberapa gambar menarik semalam. Jika mahukan lebih banyak gambar sila lawati laman Facebook Amanz.my disini.


Pada masa yang sama, kami juga mendapat tahu beberapa perkara menarik berkaitan dengan Les Copaque, dimana mereka kelak akan melancarkan aplikasi iPad untuk Upin dan Ipin, serta pada masa yang sama turut akan memperkenalkan permainan desktop Upin dan Ipin. Les Copaque juga bakal memperkenalkan taman tema mereka seawal tahun 2015 kelak, dan kini dalam pelbagai pembangunan dan perancangan awal.
31 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Wah..Bestnye.. Lepas nie pergi animonsta pulak tau..tak sabar…heee…
kenapa gune windows XP?
xp windows terbaik walaupun dah 10 tahun ^^
sokong
Paling senang dan performance yang paling baik..
betul betul betul
sesunggunya tekong kawaii
:shy:
kenapa gune windows XP?
why not MAC?
+1
aku pun tertanya-tanya jugak.. hahaha
result dia still cun. ape bising dia pakai PC ke MAC. dah dorg power
+1000
cool studio
Yeah, XP FTW!
semak gile studio.persekitaran membosankan..pc berabuk..ape la..xp lol.
semak tu kot, yg membuatkan animasi dorang menjadi. kan selalu org kreatif ni susah di fahami. hahaha
+1
kecil2an bang~
kena mantapkan lg dekorasi studio. nak idea dekorasi bley lepak blog aku. haha
+1 HAHAH
xp still rocking… ke ni sebab perlesenan. save bajet
Mungkin sebab software yang digunapakai memerlukan XP utk running kot. Pada aku ok jer pakai OS mana2 pun, janji main application yang nak digunakan tu compatible dgn OS tu. *Needs vs Wants*
Waaa best tu dpt jenguk2 opis derang…pe citer terbaru derang…kt tv asik dok tunjuk yg lama jerrr..
haha.. korg xtgk, kat lua les copaque tu sebijik ferrari hitam..style2..
LC tak nak buat kak ros berlakon ecchi?
asyik demografi kanak-kanak je. bosan ar. baru ar sama taraf dengan jepun.
ecchi? teruk teruk isy3
tekong buat muka comel.. hohoho
Wah!Taman Tema?Bestnye!!!!!
aku selalu lalu kat situ dapat tengok dari luar je, untunglah korang dapat masuk dalam tu..jelesss
pernah pegi, tapi singgah cafe diorang je kat depan tu..
Wow, banggala rakyat Malaysia boleh.