Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pelancaran peranti geneasi baru iPhone tempoh hari, iaitu iPhone 4S, kini ura-ura berkaitan dengan tablet generasi baru daripada Apple mula diperkatakan, dimana melalui laporan terkini, ia diperkatakan yang mana Apple telah pun memulakan pengeluaran tablet generasi ketiga mereka, iaitu iPad 3 pada suku tahun ke-4 tahun ini.
Sebelum ini, ia telah diperkatakan yang mana Apple telah pun mula menguji pengeluaran untuk cip pemprosesan A6, dan kini dengan ura-ura berkaitan tablet generasi baru daripada Apple ini. Dan menariknya, dengan tenaga pemprosesan yang lebih pantas, berkemungkinan perkara yang lebih menarik turut sama akan diperkenalkan pada iPad 3.
Antara ura-ura yang kedengaran mengenai iPad 3 sehingga kini adalah termasuk sokongan paparan retina, bateri yang lebih tahan lama, rekabentuk yang lebih nipis, dan sebagainya. Namun, ianya semua masih diperingkat ura-ura tanpa sebarang pengesahan yang nyata buat masa ini.
Apple pada tahun ini telah melancarkan tablet mereka pada bulan Mac, dan mungkin kita turut sama akan melihat pelancaran iPad 3 oleh Tim Cook seawal suku-tahun pertama 2012 kelak.
26 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Or ipad 2S… hehehe
LOL
+11111
+100000000000000S
bersedialah!
cepat betul
IPad first generation pun tak dpt lagi..sob2..
iPay >.<
cool.
iPaid
ipaid (^_^)
seperti biasa media suka sgt spin citer product terbaru apple. sbb ia akan jadi hit kjap jer. tgk ape jadi kat iP5.media yg letak super2 high expectation,but in the end iP4s yg kuar. mungkin Apple dr awal mmg nk launch iP4s. media yg bg overhype on iP5. in the end org ckp Apple mengecewakan.
dah kene kumpul duit awal-awal nie
Baru plan nak beli ipad2.. Should i wait ipad3???
Beli je. used iPad pun ada harga and market. Bila iPad 3 dah keluar, boleh jual iPad 2 tu & topup sikit untuk iPad 3. Saya pun akan buat camtu jugak hehe
tunggu maybank buat #iwantanipad3 … hoho
lagi nipis? tak boleh nak imagine, ipad2 tu pun dh nipis giler..
can’t wait maaa
aiyoo..mkin ketinggalan la cmni..huu
pasnie ipad senipis kertas A4
wohoooo~ awesome~
Apple 4 iDiot
hoho ipad 3!
Keluar iPad 2S baru iPad 3
tak sabar nak tunggu ipad 3..
x sabar nak tunggu ipad 3 kuar.baru nak plan pakai ipad.. tup2 ipad3 dikabarkan akan kelaur on 2012. bilalh kt malaysia nk on market ipad3 kawan2..