READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Mungkin ramai yang tidak ketahui dimana Telekom Malaysia telah pun mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% sejak daripada bulan Januari 2011 yang lepas, dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi sekali lagi untuk mengesahkan perkara ini.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Telekom Malaysia berkaitan dengan perkara ini:

SEMAKAN SEMULA CAJ CUKAI PERKHIDMATAN 
TM ingin memaklumkan bahawa berdasarkan Bajet 2011, cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai berkuatkuasa 1 Januari 2011. Sehubungan itu, kami telah menyemak semula caj cukai perkhidmatan kami seperti berikut: 

Untuk perkhidmatan telefoni: 
TM akan mula mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan telefoni kami berkuatkuasa 1 Januari 2011. Bagaimanapun, untuk perkhidmatan telefoni, cukai perkhidmatan 6% tersebut akan dicaj berkuatkuasa bil bulan Februari 2011 dan seterusnya memandangkan bil bulan Januari 2011 akan mengandungi caj bulan Disember 2010. 

Untuk perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan-perkhidmatan lain:
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan – perkhidmatan lain berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Untuk perkhidmatan UniFi: 
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan UniFi berkuatkuasa 1 Januari 2011. Untuk pelanggan UniFi, oleh kerana TM akan mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% dalam bil bulan Januari 2011, maka TM akan memberi rebat  1% perkhidmatan (6% – 1% = 5%) untuk bulan Januari yang akan dipaparkan di dalam bil bulan Februari 2011.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan ke help@tm.com.my untuk perkhidmatan telefoni/litar suwa dan perkhidmatan lain; atau unifi@tm.com.my untuk pelanggan-pelanggan perkhidmatan UniFi.

Seperti semua sedia maklum, pengenalan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan pascabayar telah lama diperkenalkan, dan hanya perkhidmatan prabayar sahaja yang masih belum diperkenalkan cukai perkhidmatan 6% buat masa ini.

TM has revised its service tax charges to 6% effective January 2011 in accordance with Budget 2011. More info here > http://t.co/EETEjh9n TQ
Oct 11 via webFavoriteRetweetReply

Terdapat 37 komen
  1. Sekarang ni baru nampak dah kenyataan tu, tapi benda ni dah lama dah, cuma ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggembar-gemburkan khabar ini. BTW, litar suwa tu ape?…

  2. sebab itu la manusia2 yg menentang cukai 6% prepaid telco hari tu semuanya mangkukhayun. tak kira manusia tersebut politician, ngo, persatuan pengguna atau pun blogger. sbb apa depa ni mangkuk hayun? sbb bil streamyx dan astro aku dr awal tahun dah ada cukai 6% tu. awat depa tak kecoh melalak mcm anjing? sbb yg pakai streamyx dan astro ni org kaya ka? streamyx dan astro bukan keperluan mcm telefon prepaid ka? kalau tak mampu bayar tax 6% jangan pakai handphone la mangkuk. kalau setahun beli prepaid rm1000 baru bayar tax rm60. average rm5 sebulan. tu pun nak kecoh mcm bangsat. apa boleh buat ramai politician mmg bangsat opportunistik.

        • kalau kau nak tahu, sebab xde orang bising pasal bil streamyx ngan unify haritulah telco pun nak charge 6% prepaid. kalau takde orang bising bila telco charge 6% prepaid apa akan jadi? yang lain akan charge satu persatu.. tahun depan GST 6% secara rasmi.

          Sama macam naik harga minyak. naik 5 sen pun nak marah?

          Yang marah bukan naik harga minyak jer, tapi semua barangan lain yang bersangkutan akan turut naik… Kena bijak sikit la jadi rakyat. Baru orang tak berana pijak samada kerajaan @ pembangkang. Rakyat kena bijak!

    • kenapa ko kira utk sorang je…ramai kot penduduk kt malaysia nie…kira la brape dapat..??
      LOL

    • ape la mangkukhayun ni. bukan ke mula2 dulu masa prepaid diperkenalkan bebas tax. tp tiba 2011 nak caj tax,6% plak tu. mmng la rmai yg marah. Sebab tu la rmai yg x mampu boleh pkai fon wlau pun nenek aku x tau nak topup n tekan butang hijau pun tergagap-gagap masih bawak hp ltk dlm beg sirih dia. jadi sama2 la merasa teknologi. klu anda juga rase tak mampu, beralih la ke prepaid. bukan semua orang mampu seperti anda. sebab tu pkai line bayar bulan2 yang mana dah nyata akan dikenekan tax dari dulu smpai sekarang.

      klu de yg salah tolong betulkan ye.

      • Bro Hafiez,

        Fakta sebenar apa saja perkhidmatan telefon sama ada fixed line, postpaid atau
        prepaid semuanya kerajaan kenakan cukai. TM dan postpaid mmg lama dah ada
        cukai 5% cuma awal tahun 2011 baru naik jadi 6%. cukai 5% prepaid selama ni
        dibayar oleh syarikat telco kpd kerajaan. jadi apa nak bising pulak?

        Saya ckp org yg melalak tu mangkukhayun sbb kalau nak membangkang biar
        konsisten. Kalau nak bangkang tax prepaid kenapa tak bangkang tax utk TM
        dan postpaid? kalau tak suka bayar tax jgn guna. kalau tak suka bayar tax 6%
        kat KFC dan McD jgn makan sana.

        Sapa tak paham isu jgn tunjukkan kemangkukhayunan anda. Naik harga petrol
        tak sama dgn bayar tax 6% ye. petrol anda pun ada cukai kalau nak tahu. Jadi
        cuba bezakan kenaikan harga barang dgn cukai. mungkin anda tak bayar zakat
        jadi anda merungut negara mengutip cukai.

    • kalau tak bangkang lagi la bodoh.. aku bukan berkira 6% cukai.. tapi aku berkira kalau orang nak bodoh2kn aku.. senang2 je nak amik duit aku tapi alasan tak cukup kuat.. kalau kau tak berkira apa kata tiap2 bulan ko dengan family ko bagi aku tiap2 bulan seringgit untuk seorang?.. seringgit je bro.. tkkan la ko nak kedekut taik anjing an?

      • **aku ckp pasal prepaid haritu.. internet tak kesah sgt.. bukan ada line internet sendiri pon.. sewa je. haha

  3. yeke dah start dr jan 2011? sbb aku bayar unifi RM149 fix spt dalam promosi.
    bil online pn fix rm149.
    bukan bayar rm149 + 6% tax.

    • Mungkin masa zaman orang tua kau tak sempat pesan ” komen jangan mencarutkan ” ada logiknya sebab saman orang tua kau tak ada wordpress atau blog.
      Kau orang mana? Aku harap kau bukan warga Malaysia.

  4. steady semua steady. sebenarnya GST ni dah lama kat negara lain. negara kita baru buat. tu orang susah nak terima.

    duit cukai kereta import hampir 300% orang mampu bayar. takkan laa 6% tak boleh.

    entahlaa.

  5. aku de komen pasal artikel amanz sebelum ni mengenai 6% tax akan dikenakan, ni untuk penjelasan. 6% tu mmg dah lama ade untuk thun 2011 ni start jd 6%. cuma yg kontroversinya psl prepaid itu hari dan keputusanya handphone prepaid tu adalah keperluan rakyat dan tidak akan dikenakan cukai. (tak taulah ini sekadar sandiwara or mmg kejadian).. skng kita rakyat malaysia jadilah yg sangat alert dan pandai berfikir tentang keadaan sekeliling.. kalau tak malaysia nak jadi negara maju mcmana?.

  6. Cukai ini untuk penggunaan dan langganan tambahan sahaja. contoh: package UniFi 149 jika tiada langgan siaran berbayar + tiada penggunaan talifon anda perlu membayar RM149 sahaja.
    Kenapa semua charge internet (sahaja) tidak dikenakan cukai salah satu projek broadband negara layari: broadband.my

    ingat 6% itu untuk penggunaan panggilan + langganan siaran berbayar sahaja.
    punya bongok poster forum kat low yat di fahamnya lain.
    bro 6% dari RM 100 sama dengan RM0.60 aku tak faham kenapa orang semak dengan angka ni. user download movie “free” tak semak pulak.

    Angka yang sikit tapi cukai ni lah yang bagi projek kat TM pasang optik kabel sekarang.
    dan syarikat telco lain tumpang kabel TM. kalau kau nak lagi laju guna lah mobile provide kau kau bandingkan kelajuan & harga kau bayar.

Komen

Nama
Web