08Oct

Ikuti Kemaskini Semasa KTM Komuter Melalui Twitter

Web 2.0

Salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna adalah kemaskini semasa kedudukan tren komuter dan juga berita semasa mengenainya. Menariknya, kini para pengguna boleh mengikuti pelbagai kemaskini berkaitan dengan KTM Komuter dengan mudah melalui sebuah akaun Twitter khas yang mana dikemaskini dari semasa ke semasa berkaitan dengan penangguhan tibanya tren Komuter di sesuatu stesen.

Pada masa yang sama, melalui akaun Twitter KTM Komuter ini juga, pelbagai maklumat dan juga tips dikeluarkan, serta jadual pembatalan tren dan sebagainya. Mungkin dengan adanya data-data berkaitan ini, kita akan dapat melihat aplikasi web atau mudah-alihnya diperkenalkan oleh pembangun bebas tidak lama lagi.

Bagi yang berminat, anda boleh mengikuti Tweet semasa KTM Komuter ini melalui @KTMKomuter.


Pengintegrasian Voize.my Di Laman MalaysiaKini
Celcom Memperkenalkan Twitter Via SMS
myMetro Perkenalkan Halaman Profail Dan Fungsi Komen
Kemaskini Untuk WordPress 3.1 Pertama Dilepaskan
WOWLoud - Perkhidmatan Muzik-Awan Malaysia Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Tertutup

19 Komen

  1. lufkin pada 08 Oct 2011

    Yang tak subscribe package brodband kesian jugak tak dapat nak access twitter, tunggu KTM pasang free WiFi kat setiap stesen dia.. heuheuheu

    • van der Rui pada 08 Oct 2011

      +1!. Pasang wifi untuk semua terminal/stesen untuk galakkan orang ramai guna pengangkutan awam.

    • buyat pada 09 Oct 2011

      betol3

  2. pilotHans pada 08 Oct 2011

    as i have less experience with KTMs(all bad ones) …i’ll comment base on the experience of my love ones using this service……

    so skrang kite leh tau brape lambat komuter yg terpaksa kite lalu…..yeah really helps….sgt berguna…..at least kite tau brape lame lagi kene bersabar……LOL

    cheers

  3. Gaban pada 08 Oct 2011

    i really have bad experinece guna komuter ni terutama pada waktu puncak dan hari minggu.. uu sabo je la
    KTM kena sediakan tren yg lebih panjang dgn masa yg lebih kerap terutama ketika waktu puncak :(

    • van der Rui pada 08 Oct 2011

      sangat setuju. dari dulu sampai sekarang guna 3 koc je, sedangkan pengguna komuter setiap tahun makin bertambah. yang ni tak termasuk dalam belanjawan ke?

      • Omar pada 08 Oct 2011

        3 koc untuk wanita..
        kalau lelaki.. 3-1 = 2 koc jer..

  4. alex jay pada 08 Oct 2011

    KTM.. keretapi terlambat malaysia… hampa

    • paeh pada 10 Oct 2011

      khususkan KTM Komuter. Untuk KTM antara bandar selalunya tiada masalah. =p

  5. ktm pada 08 Oct 2011

    boleh follow http://twitter.com/KTMRoutes untuk mengetahui masalah perjalanan KTM

  6. Nisa pada 08 Oct 2011

    Bagus!Pengguna KTM tegar!

  7. wazy pada 08 Oct 2011

    nice…
    dah follow id twitter tersebut

  8. Roslan pada 08 Oct 2011

    haha ape la skg baru nak buat huhu

  9. pangolin pada 08 Oct 2011

    kalau yg tade kenderaan nie kalau tahu pown tak guna.. kene tunggu jugak

  10. Omar pada 08 Oct 2011

    Jadual Pembatalan Tren? Menarik…

    So, tren akan dibatalkan secara berjadual lah lepas ni KTMB…

  11. IzhamHasan pada 09 Oct 2011

    best²

  12. Firdaus pada 09 Oct 2011

    Boleh guna untuk bagi feedback tak?


Trackbacks/Pingbacks

  1. KTM Komuter Opens Twitter Account | TECHEEZY
  2. KTM Komuter Joins Twitter Bandwagon | cyrildason.biz

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader