31Oct

Twitter Menguji Tweet Iklan Pada Timeline Dengan Lebih Meluas

Web 2.0

Setelah memperlihatkan tweet berbentuk iklan pada carian di Twitter, dan juga pada bahagian siapa yang perlu diikuti, kini Twitter terus memperluaskan pengintegrasikan Tweet berbayar ataupun Tweet iklan pada bahagian utama di Twitter, membawakan impak yang lebih meluas lagi kepada pengiklanan di Twitter.

Twitter sehingga kini menghadapi masalah dalam menghasilkan pendapatan, dan pengiklanan merupakan salah satu cara untuk mereka menjana pendapatan melaluinya. Setelah diperkatakan sebelum ini Twitter menguji iklan pada bahagian Timeline, kini dilihat mereka mengujinya dengan lebih meluas, dengan lebih ramai disertakan dalam program tersebut.

Namun ia masih tidak diketahui lagi bagaimanakah dan mengikut algoritma apakah yang Twitter memperlihatkan iklan mereka kepada para penggunanya.


Netizens Media Melancarkan XS.MY
Akaun Jenama Pada Twitter Kini Boleh Menerima DM Walaupun Tidak Mengikuti Seseorang Pengguna
Pusat Membeli-Belah Bakal Diperkenalkan Secara Maya?
SOFEss (Projek 1MDB) Memperkenalkan Sokongan Facebook Connect
JomSocial Untuk Platform WordPress Pernah Cuba Dibangunkan

9 Komen

  1. pajill pada 31 Oct 2011

    Pasni letih scroll timeline

  2. Hisyam pada 31 Oct 2011

    Twitter takde duit ke? Hehehehe. Ni mesti kaki spam timeline punya pasal ni sampai tak muat tweet korang dalam server twitter. Hahaha.

    • arnamee pada 01 Nov 2011

      haha.takpe, jom tolong twitter :)

  3. yapompiow pada 31 Oct 2011

    timeline penuh dgn iklan dh! aiyaaahhh

  4. Amir pada 01 Nov 2011

    Twitter nak belajor spam..hehe..

  5. paeh pada 01 Nov 2011

    twitter pun nak jadi #tahitwitter jugak. deme nak spam jugak… kekekeke

  6. najashark pada 01 Nov 2011

    iklan la byk pun,jangan tutup twitter sudah.

  7. azrijohan pada 03 Nov 2011

    iklan twitter selalunya berkesan kat mereka-mereka yang mempunyai ramai followers..kira followers di twitter ibarat trafik untuk blog

  8. din je pada 06 Nov 2011

    nk bronggeng dgn cik senah ronggeng !!!


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader