Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang dinantikan, akhirnya Canonical dan pembangun Ubuntu telah pun melepaskan Ubuntu 11.10 Oneiric Orcelot kepada umum, dimana para pengguna seluruh dunia sudah boleh mula memuat-turun sistem operasi generasi baru Ubuntu yang membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.
Oneiric Orcelot merupakan versi Ubuntu yang ke-15, membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya, termasuk persekitaran desktop GNOME 3.2, antaramuka Unity dalam bentuk 2D dan 3D, kernel Linux 3.0.4, serta pelbagai kemaskini aplikasi sumber terbuka bersama-sama dengannya.
Berbeza dengan versi sebelumnya, Ubuntu 11.10 turut sama membawakan perubahan dari segi antaramuka dan penggunaan desktop dengan membolehkan para pengguna membuat pelbagai perkara melalui Unity, memberikan pilihan Unity dalam bentuk 3D atau 2D ketika log masuk, skrin log masuk yang serba baru, sokongan ARM, Ubuntu Software Centre yang dikemaskini, dan pelbagai perkara baru yang lain.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Ubuntu 11.10 Oneiric Orcelot sekarang, dan mula mengujinya hari ini. Kami akan membawakan ulasan sistem operasi generasi baru daripada Ubuntu ini dalam masa beberapa hari lagi.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cari kat ubuntu.com tadi masih tak bagi link lagi.
oh lupe mekasih!
kde takda ka?
ada. kubuntu 11.10.
tumpang tanya,
camne nak wat multi boot ubuntu nie ngan win 8 or developer preview tu ek..
dah try install ubuntu lama takleh lak.. otai2 mintak tolong sket sape tau..
Kalau tak salah Windows 8 tak bagi install Ubuntu. Cuba check omgubuntu.co.uk pasal ni.
+1
Nampak sangat bahawa Microsoft sangat anti kepada Ubuntu sampai tak bagi buat dual boot.
Boikot2..hahaha
rasa dah ada cara..
yea, thnx…
jom kita download…
Aku cuba ubuntu 11.10 dan boleh tahan jugak, cuma ia nampaknya berat jugak, lebih berat berbanding LTS otai version. Unity 2D/3D memang dah ada, tapi nampaknya, gnome 3.2 memang takde, cuma kena install secara manual.