27Oct

Ubuntu Software Centre Kini Turut Sama Menawarkan Majalah Dan Buku

Linux

Nampaknya, pihak Canonical terus menambah baik Ubuntu Software Centre mereka, dimana terkini mereka telah pun menambah kategori baru padanya, membolehkan para pengguna Ubuntu memuat-turun buku dan majalah terus melalui Ubuntu Software Centre dengan mudah, dan membeli melaluinya.

Perkara ini merupakan tambahan kepada aplikasi dan perisian yang ditawarkan melaluinya, dan kini para pengguna Ubuntu boleh memuat-turun dan membeli buku dan majalah yang diminati dengan mudah terus melaluinya.

Dengan membeli buku dan majalah melaluinya, para pengguna boleh mengakses fail digital menggunakan sebarang peranti melalui sokongan perkhidmatan Ubuntu Single Sign On. Buat masa ini, antara majalah popular yang akan ditawarkan melalui Ubuntu Software Centre adalah termasuk Linux Magazine dan juga majalah rasmi Ubuntu.

Tips daripada Abdul Karim.


Jom Pasang Widget Ubuntu Natty Pada Blog
FiMOS Dilancarkan Secara Rasmi
Anugerah ICT NEF-Awani 2010 Menyaksikan Lebih 15 Syarikat Tempatan Bersaing
RevampLinux 12 Kini Sedia Di Muat-Turun Oleh Semua
Muat-Turun Sebarang Distro Linux Dengan Mudah Melalui Get Linux

3 Komen

  1. ZoOL pada 27 Oct 2011

    Xpe2.. tgu minggu depan aku upgrade hardisk ke 1TB.. boleh install mcm2 OS.. >:D

  2. wazy pada 27 Oct 2011

    Best la macam ni,dah boleh download majalah dan buku sekali

  3. Syukri Lajin pada 27 Oct 2011

    fuyoh.. 32USD? untuk ebook? perhh.. XD


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader