Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai peminat Windows telah pun sedia menguji versi pembangunan Windows 8 yang dilepaskan Microsoft sebelum ini, iaitu Windows 8 Dev-Preview. Menariknya, kini kelihatan yang mana Microsoft telah pun memulakan pembangunan Windows 8 Beta, dan sedang diuji secara dalaman pada masa sekarang ini, dan beberapa paparan antaramukanya telah pun tersebar di internet.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui secara sepenuhnya apakah perubahan yang dibawakan melalui versi Beta untuk Windows 8. Salah satu perkara yang diperlihatkan adalah sokongan Windows Media Center pada Windows 8.
Sebelum ini, melalui Windows 8 Dev-Preview fungsi Windows Media Center tidak diaktifkan, dan kini ia hanya kelihatan melalui versi beta. Selain daripada sokongan Media Center, ia tidak diketahui apakah lagi yang bakal dibawakan oleh Windows 8 Beta ini kelak.
Ia juga masih tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan melepaskan Windows 8 Beta kepada umum. Mungkin tidak lama lagi, lebih banyak informasi berkaitan dengan Windows 8 Beta akan mula kedengaran satu per satu. Sama-sama kita nantikannya.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
yeahhhhh windows 8 !
harap lame lagi nak kuar yg final release…nak kumpol pitih dlu nak beli laptop baru…hahahaha
bagus la.. tgu versi beta kuar dulu la, malas nak guna dev-preview..
finally….cpt2 la sikit ye
menunggu dngan penuh debaran
take time microsoft, jgn terkejar2 sgt, nnt kami plak yg terjatuh2 asyik nk mengejar…
bile nak kuar beta ni..
menarik
hmm….versi beta…meh bawak keluar satu…