02Oct

Ura-Ura : Spesifikasi Nokia SeaRay, Sabre Dan Nokia Ace Diperlihatkan

Gajet

Dengan ramai mensasarkan tarikh 26 Oktober iaitu tarikh acara Nokia World untuk pelancaran peranti Windows Phone daripada Nokia, kini beberapa informasi dan spesifikasi mengenai peranti yang bakal dilancarkan mula kedengaran. Namun seperti biasa, ia masih lagi pada peringkat ura-ura, dan berkemungkinan ianya berbeza dengan produk akhir ketika pengumuman pelancarannya kelak.

Melalui apa yang diperlihatkan, spesifikasi untuk tiga peranti baru Windows Phone dari Nokia dilaporkan, iaitu Nokia SeaRay, Nokia Sabre dan juga Nokia Ace. Melalui Nokia SeaRay, ia diperkatakan yang ia akan membawakan skrin bersaiz 3.7-inci AMOLED, Clear Black Display, kamera 8-megapixel dengan optik CarlZeiss, cip pemprosesan 1.4Ghz dan juga storan terbina 16Gb padanya.

Selain daripada itu, Nokia Sabre pula membawakan skrin LCD seluas 3.7-inci, kamera 5-megapixel dan menggunakan cip pemprosesan 1.4Ghz.

Nokia Ace yang mana kedengaran buat pertama kali, dijangka turut sama akan membawakan cip pemprosesan 1.4Ghz, skrin AMOLED seluas 4.3-inci, Clear Black Display, kamera 8-megapixel dengan optik Carl Zeiss, sokongan HSPA+ dan juga storan terbina 16GB.

Kesemua peranti ini dijangka bakal menggunakan Windows Phone 7.5 Mango bersama-sama dengannya, dan mungkin akan mula dijual pada penghujung tahun ini, atau awal tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, seperti dimaklumkan pada awal artikel, berkemungkinan spesifikasi ini hanya sekadar ura-ura sahaja, dan mungkin tidak benar. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Nokia pada pelancarannya kelak yang dijangka pada 26 Oktober ini di Nokia World.


Apple Memperkenalkan iPhone 4
Pakej Maxis Untuk Galaxy S2 Diperlihatkan
Nokia N9 Bersama MeeGo Diperlihatkan
Google Dan Samsung Menangguhkan Pelancaran Nexus Prime
Nokia Pernah Berhasrat Menggunakan Antaramuka Khas Untuk Windows Phone

15 Komen

  1. Ahmad Fuad Adzmi pada 02 Oct 2011

    26 oktober besday aku wei,, haha

    • lanzz pada 02 Oct 2011

      besday aku jgk weii..hehehe

      • abbey pada 02 Oct 2011

        26 oktober bukan besday aku weiii… huhahuha

  2. wazy pada 02 Oct 2011

    jom kita tunggu 26 oktober ni

  3. Juan pada 02 Oct 2011

    serius aku x sabar nak pakai nokia semula, aku suker nokia

  4. Syafiq pada 02 Oct 2011

    Dah gabung ngan windows nampak gaya mcm nokia xmau buat tepon murah lg dh lah… kesian kat orang xbpe kaya mcm aku ni nak pakai henpon nokia yg senang guna lg tahan lasak… :(

  5. Sham Hardy pada 02 Oct 2011

    ‘Kura-Kura’ :P

  6. Sid pada 02 Oct 2011

    Storan terbina 8-megapixel ?

    Hmmm…

    • zerous pada 02 Oct 2011

      weee weeew…typo detected typo detected?…

      • Aman pada 03 Oct 2011

        haha. dah diperbetulkan. T.T

  7. rizuani pada 03 Oct 2011

    wooo nokia sudah kena sampuk dengan windows. Mango vs Apple. Nak tunggu nokia pisang berangan la.. :)

  8. Faiz Azlan pada 03 Oct 2011

    terbaik tuh~

  9. faridpenang pada 03 Oct 2011

    ACE ? tiru galaxy ace ka? .. :P

  10. Nuk pada 03 Oct 2011

    yeahh , mari kita tunggu !

  11. zul pada 05 Oct 2011

    ae yg tiru galaxy ace nye? galaxy ace to sampah je la..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader