05Oct

USM Memperkenalkan Aplikasi Android Untuk Menganalisa Imej Perubatan

Perisian

Dunia IT tempatan semakin lama kelihatan semakin menarik, dimana terkini, sekumpulan pengkaji daripada Universiti Sains Malaysia telah pun membangunkan sebuah produk dan perisian yang dinamakan Endeavor, yang mana lebih ditujukan kepada para pengguna dalam industri perubatan. Bertambah menarik lagi apabila hari ini, mereka turut melancarkan sebuah aplikasi Android yang dinamakan Endeavor Mobile.

Melalui aplikasi Android yang diperkenalkan itu, ia membolehkan pakar-pakar perubatan, terutamanya seperti pakar radiologi dan yang lain untuk mengakses gambar-gambar berkaitan perubatan dengan mudah, sebagai contoh imej x-ray dan sebagainya. Ia juga sekaligus menjadi aplikasi Android pertama didunia yang memfokuskan tele-radiologi.

Buat masa ini, aplikasi Endeavor yang dilancarkan hanyalah versi asas, yang mana membawakan beberapa fungsi asas pada perisian tersebut. Kelak, USM dijangka akan melancarkan versi berbayar mereka tidak lama lagi, dengan beberapa ciri-ciri tambahan seperti sokongan kolaborasi atas talian dan sebagainya terus melalui aplikasi tersebut.

Sebelum ini, ia turut sama kedengaran yang mana USM bakal mengeluarkan tablet berasaskan Android mereka yang dipanggil The Padi, dan kini dengan berita mengenai aplikasi Android ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak berita berkaitan Android dalam masa terdekat ini.


Mozilla Firefox 3 Di Lancarkan
Apple Memperlihatkan iMovie Dan Garage Band Untuk iPad
Malaysia Dan Teknologi Sepanjang Tahun 2011
Idea Untuk Sistem Operasi FirefoxOS Dibincangkan Pengguna
Pelayar Web Google Chrome 20 Beta Kini Sedia Dimuat-Turun

10 Komen

  1. Omar pada 05 Oct 2011

    canggih tu…. The ipad jadi thr padi plak…

  2. syahrilhafiz pada 05 Oct 2011

    otak medicine sekarang pun dah boleh jadi geek. terbaik la

  3. nev pada 05 Oct 2011

    kool. tp gamba kecik. guess the pakar only simpan gamba2 utk tontonan masa lapang. not for diagnostik purposes. so, still useless

  4. azri pada 05 Oct 2011

    Programmer endavor tu housemate sy :-)

  5. viking pada 05 Oct 2011

    Cool…dah install kat samsung galaxy tab, lepas ni kita boleh tengok X-Ray kat rumah lak…x payah film…

  6. haikal pada 05 Oct 2011

    bro nev..
    rasanya bro tak hbs review kot..

    boleh clarify apa maksud ‘gambar kecik’ sbb saya bukak image kat tab ok je..

    lagipun app ni support sampai version 2.3.3 which include tablet devices
    so kes gambar kecik tu mgkn tak timbul

    lagi 1 ..not for diagnostik purposes.
    y tu mmg diorg dah clarify dalam disclaimer

    mgkn versi seterusnya diorg akan letak features y menarik..
    w/a..

  7. phoenixstudio pada 06 Oct 2011

    nice!

  8. AMR pada 06 Oct 2011

    usm terbaik!

  9. sarra pada 09 Oct 2011

    Hello.Actualy we do the similar things.Could i have your email for further question?

  10. ammar pada 22 Oct 2011

    Hi Sarra..
    you can go to our website for further information
    http://www.endeavormd.com

    or you can contact our head of research, Prof Mandava (mandava@cs.usm.my)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader