01Oct

(Video) Demo Fungsi NFC Pada Peranti Symbian Belle Dari Nokia

Gajet, Lain-lain

Salah satu perkara baru yang dibawakan melalui Symbian Belle adalah sokongan NFC padanya. Melalui NFC, ia memudahkan sesuatu peranti dihubungkan sebelum ia menggunakan Bluetooth untuk penghantaran dan penerimaan fail-fail, selain pada masa yang sama turut boleh digunakan melalui cip-cip untuk mempromosikan sesuatu perkara dan juga untuk membayar seperti pada Touch-n-Go.

Melalui peranti-peranti baru Symbian Belle ini, ketiga-tiganya membawakan sokongan NFC, tetapi setiap satunya membawakan ciri-ciri berbeza. Bagi Nokia 700 dan juga 701, ia membawakan Open NFC, manakala Nokia 600 membawakan sokongan Secure NFC bersama-sama dengannya.

Menurut pihak Nokia, melalui Open NFC, ia menyokong pelbagai perkara seperti penghantaran dan penerimaan fail, untuk bermain multiplayer, dan segalanya, tetapi tidak menyokong fungsi fungsi pembayaran. Fungsi pembayaran dan yang berkaitan dengannya hanya disokong melalui Secure NFC sahaja.

Pada masa yang sama, baru-baru ini, hab NFC turut telah dilancarkan di Malaysia, dalam usaha untuk mempromosikan lagi penggunaannya, selain membolehkan para pemilik perniagaan tempatan, menggunakan NFC dalam promosi pada kos yang lebi rendah lagi.


Telekom Berminat Membida Transmisi TV Digital
Tonton Konsert Siti Nurhaliza Secara Langsung di Internet
Perjumpaan Mozilla Malaysia Bakal Diadakan Di BarCampKL
Nokia Malaysia Bakal Memperkenalkan Kemaskini Symbian Anna Yang Dioptimasikan Untuk Malaysia
HTC Memperkenalkan Siri Keluarga One, Sense 4.0 Dan Sokongan ImageSense

8 Komen

  1. baem pada 02 Oct 2011

    takut nfc nie xmeluas je… pape pun, nokia terbaek!

  2. Ahmad Fuad Adzmi pada 02 Oct 2011

    sume nak senang skg! hhu

  3. ali mamak pada 02 Oct 2011

    gile la.. semua mudah gune

  4. zerous pada 02 Oct 2011

    suggedt lebih bnyk peranti yg sokong nfc ni kt m’sia available

  5. Hafoz pada 02 Oct 2011

    So, Secure NFC nie ape plak yang tak support? Mana bagus compare Open NFC dengan Secure NFC. Mcm mana nak tahu gajet tue support NFC mana? Amanz, kasi buat satu entry lain la pasal NFC nie……

  6. adam ahmad pada 02 Oct 2011

    terbaiklah liputan dr amanz! :)

  7. Piratz pada 02 Oct 2011

    Video kali ni terbaik.. Nice… hahaha…

  8. N00Bst3r pada 02 Oct 2011

    First time dengar suara @Obefiend.. Cute dowh… LOL… anyway NFC best…. +111


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader