Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, HTC Malaysia telah pun melancarkan HTC Sensation XE untuk pasaran Malaysia pada minggu lepas, dan kini, salah seorang pembaca Amanz telah pun menghantarkan sebuah video khas nyah-kotak oleh beliau, memperlihatkan peranti HTC Sensation XE yang didatangkan bersama-sama teknologi audio Beats.

Seperti sedia maklum, HTC Sensation XE merupakan peranti HTC pertama yang didatangkan bersama-sama dengan teknologi audio Beats. Melaluinya, ia didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan 1.5GHz, memori sebanyak 768MB, kamera belakang 8-megapixel, skrin seluash 4.3-inci dan menggunakan Android Gingerbread sebagai platformnya. Di Malaysia, HTC Sensation XE dijual pada harga RM1999, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi HTC Malaysia seluruh negara.

Terima kasih @asherapth

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd