Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Semestinya ramai yang ketahui akan mengenai TED, iaitu salah satu acara global yang diadakan dalam usaha untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai pelbagai perkara. Menariknya, kini melalui laman web rasmi mereka, video-video yang dahulunya hanya diperlihatkan dengan sari kata Inggeris dan sebagainya, kini turut sama boleh ditonton menggunakan sari kata Bahasa Malaysia.

Proses terjemahan ini dilakukan secara sukarela dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Sehingga kini, lebih 19 video telah ditambah dengan sarikata berbahasa Malaysia, membolehkan sesiapa sahaja pengguna tempatan menonton video-video tersebut dalam Bahasa Malaysia, dan memahaminya dengan lebih mudah lagi.
Selain daripada itu, ia juga diperkatakan yang mana TedxYouth@KL akan diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi, yang mana akan membawakan pelbagai tokoh tempatan berkongsi idea dan pandangan mereka mengenai pelbagai isu.
Tips awal daripada Amirul.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
haha akhirnya. actually aku pun baru tau pasal ted talks ni few months ago sbb lecturer aku perkenalkan dalam kelas engineering. memang tiap2 kali kelas ada sesi tgk video ted talk. very inspiring
yeayyy… Hidup Bahasa Melayu!
Kebetulan… bulan ni bulan bahasa kebangsaan
baru kejap Subscribe by email….
special thanks to:
-Translators
Mohamad Fadhilullah Tudun Bin Haji Hassan
Johan Dzulkifli
Sarah Fathallah
Fadli Hafiz
Murni Mat Nasri
Umi Kalsom Mohd Azuddin
Muhammad Amiruddin Mohd Karim
Muazam Hadi Muhammad
Halimah Othman
Muaz Rudy Herman
AMBIKA SANGARAN
Rudy Herman Sinen
Theresia Tee
Kebetulan bulan Oktober bulan bahasa kebangsaan, saya memang hairan kenapa kebanyakan besar laman web tempatan yang ada .my dan ditujukan kepada pengguna Malaysia yang berbilang kaum itu tidak menggunakan bahasa kebangsaan, sebaliknya hanya bahasa Inggeris? Memanglah bahasa Inggeris bahasa global, tapi saya maksudkan laman web yang tidak berguna di luar sempadan Malaysia! Terutama sekali laman web jual beli, runcit, perkhidmatan, NGO yang tidak spesifik. Yang pasti dalam BM hanya media seperti portal berita, radio, TV yg banyak ber-BM, sektor awam (itu pun bukan semua), dan laman web sekolah dan pendidikan. Media bahasa Cina dan Inggeris tak payah cakap.
Jangan harap dengan menyediakan laman web dalam bahasa Inggeris saja, pengguna tempatan akan dipaksa untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ramai orang khususnya golongan luar bandar akan perkatakan hal ini sebagai satu penghinaan besar kepada martabat bahasa kebangsaan, dan dengan itu hilang angin utk belajar bahasa Inggeris selagi mereka lihat BM tidak dihormati sepenuhnya.
Saya minta pihak Amanz supaya menyorotkan perkara ini dalam catatan pada masa akan datang yang terdekat, sebaik-baiknya dalam bulan bahasa kebangsaan yang saya tengok masih belum betul-betul serius untuk memperjuangkan niatnya walaupun dah masuk kali ke-3.