20Oct

VoucHEREs Bakal Menjadikan Dunia Kupon Dan Diskaun Tempatan Lebih menarik

Web 2.0

Salah satu perkara yang diingini ramai adalah mendapatkan kupon diskaun untuk jenama harian yang digunakan oleh mereka. Dan buat masa ini, laman seperti Groupon, dan sebagainya hanya sekadar memberikan diskaun harian untuk beberapa produk dan perkhidmatan yang jarang kedengaran namanya, dan tidak digunakan dalam penggunaan harian. Namun perkara ini bakal berubah tidak lama lagi dengan kehadiran VoucHEREs.

Buat masa ini, VoucHEREs masih lagi pada peringkat pembangunan, dan pembangunnya turut sama menyertai rancangan Make The Pitch yang mempersembahkan beberapa idea menarik melaluinya.

Melalui VoucHEREs, ia membawakan konsep mudah dan menarik, dimana melalui aplikasi tersebut, para pengguna akan diperlihatkan voucer diskaun untuk digunakan dalam pembelian mereka. Dan aplikasi tersebut kelak akan menggunakan fungsi geolokasi, dimana akan memperlihatkan hanya diskaun-diskaun yang berdekatan dengan anda sahaja.

Menurut pembangunnya, ianya kelak akan menumpukan pada beberapa jenama yang digunakan harian, dan melalui demo ringkas yang diperlihatkan pada kami, ia menggunakan beberapa jenama terkemuka seperti KFC, Shell dan sebagainya. Aplikasi yang ditawarkan juga merupakan berasaskan web, sekaligus menjadikannya boleh diakses oleh sebarang peranti dengan mudah, dimana sahaja anda berada.

Buat masa ini, tarikh pasti pelancaran untuk VoucHEREs masih lagi tidak diketahui, dan mungkin akan dilancarkan bersama-sama segmen mereka pada Make The Picth di NTV7 kelak.


InfoMalaya.com Kembali Beraksi Semula
WootFood Untuk Android Dilancarkan
Infografik : Segalanya Tentang YouTube
Flipboard Bakal Dilancarkan Untuk Android Tidak Lama Lagi
Aplikasi Facebook Messenger Untuk iOS Dan Android Dikemaskini

15 Komen

  1. ejam pada 20 Oct 2011

    meriah, semakin meriah…
    sama-samalah kita tgk mana yg bakal kekal…

  2. Beburung pada 20 Oct 2011

    Awat terbalik semua logo LOL

    • FanDroid pada 21 Oct 2011

      most probably mereka masih belum dapat affiliation dengan company2 yg tertulis tu.

  3. Ikhwan pada 20 Oct 2011

    Memang disengajakan je logo macam tu?

  4. Junaidix pada 20 Oct 2011

    focus on mobile.. eh?

  5. Deep pada 20 Oct 2011

    Ya I jumpa diaorang. mereka kata saya belasah terbalikan so org2 cam kita mula chat ttg tu; pandai jgk diorang!

    • Zaiman Noris pada 20 Oct 2011

      Or untuk elakkan copyright infringements sebab diorg belum dapatkan kebenaran untuk guna logo diorg as part of promotion.

      either way, good stuff.

      • sinach pada 21 Oct 2011

        aku rasa kau betul

  6. Ahmad Hati pada 20 Oct 2011

    Hebat, Jimat

  7. bravo!! pada 20 Oct 2011

    lebih kurang mcm bonuslink jer kan…

  8. alia pada 20 Oct 2011

    bagus la!b4 this smua voucher utk bnde2 yg xterkenal..cpt2 la release..

  9. sarraazzam pada 20 Oct 2011

    waaa!!suke voucher!

  10. amir pada 21 Oct 2011

    its a great news then!

  11. Irfan Al Habshi pada 25 Oct 2011

    Wah…rasa bangga lah juga anak melayu kita bakal menjadi ikon2 IT. Idea ni agak menarik dan berbeza kerana menggunakan infrastruktur mobile. Agak bila diorang nak launching produk nie? Harap diorang launch local dulu lah sebelum negara2 lain. Selalu idea macam ni dirampas oleh negara2 asing. ‘sigh’


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader