Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Masalah yang sering dihadapi oleh para penuntut di universiti apabila tibanya cuti semester adalah berkenaan dengan tempat untuk menyimpan barang-barang mereka, yang mana keselamatannya apabila ditinggalkan di hostel ataupun rumah sewa adalah tidak begitu selamat. Untuk mengatasi perkara ini, Warehouzs bakal memperkenalkan perkhidmatan mereka tidak lama lagi.

Warehouzs kelak akan beroperasi melalui web, dimana para pelajar dan penuntut universiti boleh membuat pendaftaran, dan pembayaran secara atas-talian, dimana seterusnya kotak-kotak untuk storan dan simpanan akan dihantarkan kepada anda, dimana anda boleh membungkuskan barangan anda, dan menghantarkan kembali kepada pihak WareHouzs.
Pihak WareHouzs juga mengatakan melalui web mereka yang mana setiap barang akan dilindungi oleh insuran dan akan dijaga 24 jam sehari. Buat masa ini, tarikh pelancaran WareHouzs disasarkan sekitar bulan November kelak, dan harga pakej yang bakal ditawarkan masih tidak diketahui lagi.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
+1
terbaik laa… another choice for student.
sgt bagus idea ni, harap2 kaedah yg akan dijalankan benar2 berbaloi dgn setiap sen yg student keluarkan…yeler idea pun dari student utk student maka perlu lebih prihatin dgn kos.
dulu time study, bila nak balik kampung jer kena keluar dari kolej then terpaksa bawak balik semua kota2 tu semua naik flight.. mahal tu.. kan bagus kalau ada time tu.. hehe
Harap kat poli aku nanti ada.
harap2 warehouzs buka application utk jd agen, so student sendiri boleh jd agen.
nnt jadi mcm kucing aritu..haha
harap2 xde ler student U yg bijak pandai p bungkus kucing dia dlm kotak…hehe
haha aku pun sama terpikir pasal tragedi kucing tu.
walaupun diorg tak bungkus kucing,
tapi nanti harap2 WareHouzs ni akan jaga barang2 tu dgn jujur dan amanah.
takut2 nanti bila pelajar datang nak collect barang,
laptop dah tinggal keyboard je.
cun2..kalau kat sini tempat aku tinggal main letak je pun dia charge rm 10
tu tak jaga pun..baik park kereta murah sikit
Perh.. cam kat UK pulak.. Storage.co.uk
cool..mintak2 bayaran dier lgi murah dri kolej punyer
dulu masa aku blajar x der plak perkhidmatan mcm nie…. senang la bila ada perkhidmatan mcm nie
ini mmg idea yg brilliant bagi aku. Aku jumpa 2 org dari team ni masa #svc2m. Salah sorg tu tak malu bertanya masa Q&A session setiap slot. Good luck pada mereka!
Umah aku dekat je dengan Kampus, so tak yah bungkus barang pun tak per. Hahaha
@MrKay siapa the owner?
This is indeed a brilliant idea!
I believe saudara Rayyan Haries behind Warehouzs
http://www.younoodle.com/people/rayyan_haries_ad
Good idea from Malaysian!
Rayyan Haries is my friend, yeah!
He’s my senior.You are my senior too