14Oct

WOWLoud – Perkhidmatan Muzik-Awan Malaysia Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Tertutup

Web 2.0

Salah satu perkhidmatan web yang dinantikan ramai pengguna tempatan adalah perkhidmatan muzik-awan seumpama Spotify dan sebagainya. Sebelum ini, Google Music turut telah mendapat perhatian ramai pengguna tempatan, dan kini menariknya, salah satu perkhidmatan baru muncul dengan nama WOWLoud yang mana memfokuskan sepenuhnya kepada pasaran tempatan dan juga pasaran Asia.

Buat masa ini, WOWLoud masih lagi pada peringkat beta tertutup, dimana hanya beberapa pengguna yang terpilih sahaja dapat mengujinya. Walaupun masih pada beta tertutup, mereka nampaknya telah bersedia dengan pelbagai pilihan lagu tempatan dan juga antarabangsa pada laman mereka.

WOWLoud menawarkan perkhidmatan mereka dalam bentuk percuma dan juga berbayar. Seperti sedia maklum, perkhidmatan percuma selalunya didatangkan dengan beberapa had, dan WOWLoud hanya membenarkan pengguna akaun percuma mendengar lagu selama 20 jam sebulan melaluinya dan juga akan turut diperlihatkan bersama-sama iklan. Untuk mengatasi perkara ini, para pengguna boleh mendapatkan akaun berbayar WOWLoud pada kadar RM9.90 sebulan, dmana melaluinya boleh mendengar lagu tanpa had, dan tiada iklan yang akan diperlihatkan.

Pada masa yang sama, WOWLoud juga bakal memperkenalkan aplikasi mudah-alih mereka untuk para pengguna melalui pakej Premium Plus. Namun maklumat mengenai pakej Premium Plus masih tidak diketahui buat masa ini.

WOWLoud juga pada masa yang sama mengatakan laman mereka mesra Facebook dan juga Twitter, membolehkan anda berkongsi lagu yang digemari bersama-sama rakan lain. Mereka turut menyediakan sebuah aplikasi khas untuk pengguna Windows dan Mac untuk mendengar lagu terus pada desktop, tanpa membuka pelayar web.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah WOWLoud akan dilancarkan kepada umum.

Tips awal daripada @RotiKaya


Facebook Bernilai $41 Billion?
Facebook Memperkenalkan Fungsi Log Masuk Dwi-Faktor
Lelong.my Bakal Memperkenalkan Fungsi Permesejan Pantas
TV Al-Hijrah Kini Turut Menawarkan Siaran Saluran Melalui Web Rasmi
Muat-Turun Salinan The Pirate Bay Melalui Fail Hanya Bersaiz 90MB

14 Komen

  1. Omar pada 14 Oct 2011

    Perh, menarik.. Dunia IT tempatan semakin meriah~

    • Twit N View pada 14 Oct 2011

      dunia IT makin meriah tapi bajet 2012 diorg lupa plak utk bajet yg sepatutnya…

  2. ali mamak pada 14 Oct 2011

    berbayar ke… lagu2 jenis ape yg ade??

  3. Denim pada 14 Oct 2011

    Hopefully ini bakal mengurangkan kadar lagu yg di download secara pirate kat Malaysia

  4. Syukri Lajin pada 14 Oct 2011

    wee.. best2 XD

  5. Leonardo pada 21 Oct 2011

    Hi Aman, thank you for supporting us from WOWLOUD!

    We would like to extend 10 instant access passes to your followers.

    Do contact us via email at press@mnc.com.my and we will speak further on this.

    Also, do inform me if you haven’t tried the player yet.

    Cheers!

    WOWTEAM MEDIA

  6. khairil pada 24 Oct 2011

    Nak try..huhuu

  7. adamriyadi pada 24 Oct 2011

    seronok! :D

  8. opisboy pada 24 Oct 2011

    bagus ke nie?

  9. tarmizishukri pada 24 Oct 2011

    dapat pass free tak?

  10. Marzuki Kamal pada 24 Oct 2011

    Nice lah.. Music all the time!!! :D

  11. Hafaisy pada 24 Oct 2011

    mana aci amanz.. nak gak satu keke

  12. John Khor pada 24 Oct 2011

    Hello…. I want WowLoud premium pass. TQ.

  13. hurulaini pada 24 Oct 2011

    Whalla…mcm best…nak try gak..huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader