19Oct

WutMedia Bakal Dilancarkan Pada 11 November – Memfokuskan Pembangunan Aplikasi iOS Dan OS X

Web 2.0

Syarikat tempatan yang benar-benar memfokuskan kepada pembangunan aplikasi mudah-alih adalah amat sedikit berbanding negara lain, dan menariknya, selain daripada beberapa syarikat tempatan sedia ada, kini WutMedia bakal turut serta dalam industri tersebut, dan menariknya mereka turut sama telah pun mula memperlihatkan aplikasi yang bakal dilancarkan oleh mereka tidak lama lagi.

WutMedia disasarkan untuk pelancaran pada 11 November kelak, dimana melalui halaman Facebook rasmi mereka, ia kelihatan, beberapa produk bakal dilancarkan oleh mereka tidak lama lagi. Antara produk yang bakal dilancarkan termasuklah WutPress, Wut2Feed, WutLab, dan juga WutSpace.


WutMedia : Aplikasi Dalam Dompet

Dan bertambah menarik lagi, hari ini, mereka turut sama memperlihatkan sebuah gambar kabur menunjukkan aplikasi mereka yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Buat masa ini, informasi berkaitan aplikasi yang bakal diperkenalkan masih tidak diketahui sepenuhnya, tetapi WutMedia menambah penerangan pada gambar tersebut sebagai “aplikasi dalam dompet”.


InfoMalaya : Kini 3 Tahun Di Persada Internet
Twidroyd Dan UberSocial Kembali Aktif Semula
Pemilik The Pirate Bay Melancarkan Laman Storan Fail BayFiles
MFace.ME Membawakan Platform Blog Seumpama Tumblr
Gowalla Bakal Ditamatkan Pada Penghujung Januari - Mengesahkan Menyertai Facebook

5 Komen

  1. woot woot pada 19 Oct 2011

    haha..setail name die..wutmedia..keh3

  2. aku yg kacak pada 21 Oct 2011

    amanz, wutmedia ni dgr2 dimiliki spnuhnya oleh org sabah. btul ke?

    • ramlan pada 23 Oct 2011

      betul. 9000 markah untuk anda

  3. topo pada 30 Oct 2011

    aplikasi dalam wallet? nice! dah lama aku idamkan ini.. hahaha harap la sama seperti bayangan aku


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader