Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, kami pernah tulis akan secara ringkas mengenai sokongan mesra ahli sukan yang didatangkan bersama-sama dengan peranti Sony Ericsson Xperia Active, dan kini, melalui sebuah ujian ringkas yang kami lakukan, kami telah pun menguji peranti yang diperkatakan sebagai tahan lasak dan kalis air ini, serta merakamkannya dalam sebuah video ringkas.
Melalui apa yang diuji, ia menunjukkan yang mana Xperia Active boleh bertahan di dalam air untuk suatu masa yang agak lama tanpa mempunyai sebarang masalah padanya. Selain daripada itu, ia juga berfungsi seperti biasa, membolehkan para pengguna memasang lagu, ataupun mendengar bunyi panggilan melalui peranti tersebut, walaupun direndam didalam air.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh menggunakan peranti tersebut seperti biasa, samada didalam ataupun diluar air. Perkara ini, semestinya salah satu perkara yang mengembirakan ramai pengguna, dimana anda turut sama boleh merakamkan gambar dan video didalam air, dan kualiti gambar yang dirakamkan adalah amat tinggi dan jelas sekali.
Xperia Active telah pun mula dijual di Malaysia sejak beberapa minggu yang lepas, dimana boleh didapati daripada pengedar seluruh negara pada harga RM1159.
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
terbaek la…
dah boleh start kumpul duit..
video ni tak perlu watermark dh kerana keychain amanz.my telah digunakan secara baik dan berkesan…hehe
+1
+1
+10001
wah.. hebat2..
menarik.. kena ade 2 henset ni. 1 khas untuk harian lg 1 utk sukan dan aktiviti lasak..
terbaik……….
..terbaik ..kena tgkap satu ni
Terbaik laa xperia ni. Boleh rembat satu ni. hehehe…
Ini yang buatkan aku nak beli ni .. terbaik !
teringat dekat nokia 5280 yg legend dah.. ni baru peranti ke 2 kalis air… kalau anti jatuh tempat tinggi plak.. yg tu biasanya ramai jugak yg nak test.
Bolehla bawak mandi sekali..swimming ke..
air laut agak2 bleh than dak?
Air laut masin….Xperia mana boleh tahan..
Kalau sirap ok kot..
mesti ssuai ngan aku ni
klo mesin basuh? hehe
Jap, tengah pakai kopiah ke tu?
Haha, betul tu.
menarik nie..
memang tahan lasak
Ada org pakai henfon dalam air ke? Aha~
amanz review dgn hebat skali siap ngan test