01Oct

Yahoo! Web Messenger Bakal Dimatikan Pada 1 November 2011

Yahoo!

Yahoo! hari ini telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal mematikan Yahoo! Web Messenger pada 1 November kelak, dimana selepas tarikh tersebut, perkhidmatan Yahoo! Messenger berasaskan web itu tidak lagi boleh diakses seperti sekarang. Walaubagaimanapun, sokongan Yahoo! Messenger melalui Yahoo! Mail akan terus dikekalkan seperti biasa.

Yahoo! Web Messenger merupakan salah satu aplikasi berasaskan web popular daripada Yahoo! ketika awal pengenalannya. Namun dengan pengenalan sokongan Messenger pada Yahoo! Mail, popularitinya semakin berkurangan, dan memandangkan kini semua pengguna Yahoo! boleh menyemak IM dan SMS mereka terus melalui Yahoo! Mail, perkhidmatan ini akan ditamatkan dalam masa sebulan lagi.

Pada masa yang sama, Yahoo! turut meminta para pengguna Yahoo! Web Messenger sedia ada untuk memuat-turun aplikasi mereka untuk digunakan bersama desktop, yang mana membawakan lebih banyak fungsi-fungsi menarik, termasuk sokongan Facebook Chat bersama-sama dengannya.


Daftar Profail Yahoo! Anda Sekarang
Yahoo! Membawa Internet Ke Televisyen
Kerjasama Yahoo-Microsoft Bertiup Kembali
Flickr Kini Mengehos Lebih 6 Billion Gambar
Yahoo! Bakal Mengumumkan Sesuatu Pada Hari Isnin Ini

14 Komen

  1. Wan Perlis pada 01 Oct 2011

    Meebo camna?

  2. Blangkat Ahmad Basimin pada 01 Oct 2011

    ini guna kat uni je yang ada proxy blocking messenger. terinagt masa uni dulu kena pandai overcome kekangan ini. hehehe

  3. Jyundoo pada 01 Oct 2011

    aku xau pun ada function webmassenger ni. hehe. segan pulok i. hoho

  4. wazy pada 01 Oct 2011

    ni mesengger dalam email tu ke ?

  5. amoi pada 01 Oct 2011

    dah lama tak bukak YM tu. kahkahkah

  6. mdfaizal pada 01 Oct 2011

    huhu,aku sedih sbnrya psl ni. aku lebih gemar guna webmessnger, nak guna dkat emel, mcm serabut lah.

  7. ekspresiruang pada 02 Oct 2011

    tamatlah riwayat legenda internet

  8. yapompiow pada 02 Oct 2011

    nie mesti kurang dh dpt sambutan.. tutup terus jer lah senang.. skrg nie org xpakai dh ym ni. ramai pakai twitter dgn fb jer nk sembang.

  9. Ahmad Hati pada 02 Oct 2011

    Sedihnya

  10. amir pada 02 Oct 2011

    alaa,YM ke ni?

    • alia pada 02 Oct 2011

      rasanye bkn ym je..huhu..

  11. Nisa pada 02 Oct 2011

    Yahoo! ni memang retak menanti belah je. Semua cluttered compared to Google.Email pun kedekut features, lambat loading.Tak heran la jadi macam ni..

    • mdfaizal pada 02 Oct 2011

      sekurang2nya emel yahoo storage unlimited. nak store 100G pun xde masalh. gmail 8GB je

  12. Kaio Dot My pada 03 Oct 2011

    rindu la zaman YM dulu. haish. legend2. =.=


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader