Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan Yes Life dalam bentuk beta tertutup, kini ia sudah pun boleh didapati melalui Android Market, membolehkan semua pengguna Android memuat-turun dan menggunakannya bukan sahaja pada telefon pintar, tetapi turut sama pada tablet berasaskan Android. Walaubagaimanapun, ia masih dilabelkan beta buat masa ini.
Melalui Yes Life untuk Android, ia membolehkan anda mengubah tablet Android menjadi telefon pintar dengan mudah, selain pada masa yang sama, membolehkan telefon Android sedia ada anda menggunakan nombor telefon 018 yang kedua sebagai tambahan dengan mudah.
Ia juga menawarkan kadar IDD yang rendah, serta kadar panggilan pada harga RM0.09 untuk seminit. Selain daripada itu, ia turut membawakan pelbagai sokongan biasa seperti mana terdapat pada versi iOS sebelum ini.
Bagi para pengguna peranti Android yang berminat, anda boleh memuat-turun Yes Life untuk Android hari ini, dan mula menggunakannya dengan akaun Yes 4G anda.
Tips awal daripada Amir Fazwan
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
RM00.9? 9 sen atau 90 sen?
rm0.09=9 sen..
+99999
Yes agak mahal. sebab itu aku dah deactivate beberapa bulan yang lalu. Laju memang laju, maka laju jugalah kredit anda habis =D