04Nov

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 3 November

Google

Sepanjang minggu lepas, ia kelihatan yang mana carian lebih tertumpu kepada filem-filem terbau di panggung wayang, dan pada masa yang sama, amat mengejutkan kerana carian paling popular pada minggu lepas adalah berkenaan dengan manga Naruto yang terkini. Secara kasarnya, ia boleh dikatakan carian lebih tertumpu kepada topik hiburan pada minggu lepas.

Berikut merupakan carian terhangat yang dilakukan melalui Google Malaysia sepanjang 28 Oktober sehingga 3 November yang lepas:

Naruto 561

Ia kelihatan yang mana sepanjang minggu lepas, para peminat manga tanah-air amat berminat untuk mengikuti bab terbaru Naruto yang dilepaskan, iaitu Naruto 561.

7aum Arivu / Bodhidharma

Dengan musim perayaan Deepavali, ia dilihat ramai yang membuat carian mengenai filem 7aum Arivu yang mula ditayangkan pada minggu lepas, mengisahkan mengenai salah seorang sami buddha bernama Bodhidharma dan penyiasatan mengenai beliau pada masa kini.

In Time

Lagi satu filem terbaru yang mula ditayangkan dipawagam baru-baru ini yang mana mengisahkan mengenai Justin Timberlake yang mana telah dituduh bunuh, dan pada masa yang sama terpaksa memikirkan cara untuk mematikan sistem dimana mereka yang kaya boleh hidup selamanya.

Velayutham

Lagi satu filem yang dilancarkan dipagawam baru-baru ini bersempena dengan Deepavali, mengisahkan mengenai salah seorang rakyat biasa yang berlawan dengan permasalahan di negara dia.

Maharaja Lawak Mega

Rancangan realiti terbaru daripada Astro, yang mana memperlihatkan lebih 47 pelawak dari Malaysia, Singapura dan Indonesia bersaing untuk takhta tersebut.

Ra One

Filem terbaru lakonan Shahrukh Khan yang mana mengisahkan mengenai superhero fiksyen, dan Shahrukh Khan memainkan dua watak berbeza, iaitu saah seorang pembangun permainan, dan juga watak superhero pada filem tersebut.

Halloween / Halloween Date

Ramai yang mula mencari pelbagai informasi dan gambar-gambar berkaitan dengan acara perayaan tersebut.

Lee Chong Wei / Badminton

Pemain perseorangan badmintoon nombor satu Malaysia, telah pun menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam masa 39 minit, dan memenangi Yonex French Open di Paris pada hari Ahad yang lepas.

Greyson Chance

Para peminat Malaysia mula mencari maklumat tambahan apabila ia kedengaran yang mana artis Amerika, yang berumur 14-tahun akan membuat penampilam khas pada acara Anugerah Industri Muzik pada 12 November ini.

Battlefield 3

Permainan FPS yang dinantikan ramai, iaitu Battlefield 3 telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia pada minggu lepas, membawakan penamatan kepada siri permainan yang dinantikan ramai itu, dengan grafik yang amat menarik sekali.


Google Mempromosi Chrome Dan Firefox Melalui GMail
Carian Sosial Google Kini Sedia Di Cuba
Hasil Carian Imej Pada Google Tampak Menarik
Google Mengambil-Alih Aggregator Tawaran Harian - DealMap
Google DevFest 2011 Kuala Lumpur Bakal Diadakan Pada 29 September

12 Komen

  1. IkmalRedza pada 04 Nov 2011

    Terbau = terbaek! Ingatkan yang paling popular ialah Seksualiti Merdeka… Isu panas kot.

    • CMRatu pada 04 Nov 2011

      yang tu baru lagi.. boleh tgk yang minggu depan.. :)

  2. anastasyea pada 04 Nov 2011

    Boleh tau tak dr mana sumber nie diambil .. =)

    • brobard pada 05 Nov 2011

      +1

  3. scromix pada 04 Nov 2011

    peserta maharaja lawak mega 17 je aman, mne dtg 47? :D

  4. hafidz pada 04 Nov 2011

    dengar cerita filem In Time best ;)

  5. Synyster Gates pada 04 Nov 2011

    nantikan kemunculannya..

  6. lanzz pada 04 Nov 2011

    nice~

  7. lazaac pada 04 Nov 2011

    xde org cari pasal “lazaac” ker…? kui3x..

  8. syahrilhafiz pada 04 Nov 2011

    in time best~

  9. Juan pada 05 Nov 2011

    in time tu mcm menarik jer, terus aku cari download link

  10. shaharil pada 05 Nov 2011

    hohoho.. Tengok thriller In Time, macam best jer…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader