01Nov

Ulasan – Acer Aspire S3 : Ultrabook Pertama Dunia

Gajet

Penafian : Artikel ini ditulis oleh Effi seorang elitis desktop. Sepanjang “kareer” Effi selama 13 tahun menggunakan komputer tidak pernah sekalipun dia memiliki sebuah komputer riba. Ada beberapa sebab kenapa dia kurang gemar dengan laptop. Pertama sekali laptop dikatakan kurang berkuasa dari sebuah desktop. Keduanya skrin laptop paling besar pun tidak boleh melawan skrin sebuah desktop. Kena pula orang seperti Effi yang gemar menggunakan multiple display. Adi-Elitis perlukan skrin yang besar lagi memudahkan aliran ilham ke hujuag jari seterusnya menghasilkan mahakarya yang dikagumi ramai.

Alasan aku menggunakan skrin besar ialah pada usia aku yang menjangkau 30 tahun, mata aku dah tak berapa tajam. Bila melihat paparan skrin laptop kerap kali aku terpaksa besarkan kerana sukar benar untuk membaca tulisan halus. Jika melakukan tugasan merubah gambar didalam Photoshop pula, skrin 13″ sebuah komputer riba itu masih terlalu kerdil jika dibandingkan dengan skrin 27″ yang aku gunakan sekarang.

Aku yakin pemberian Acer Aspire S3 ini oleh pihak editorial Amanz ialah percubaan jarum halus untuk menarik aku ke sisi gelap (dark side). Mereka semua tahu betapa aku cukup jengkel untuk gunakan komputer riba. Satu lagi alasan aku diberikan tanggung jawab mengulas Ultrabook pertama di Malaysia ini. Mungkin adalah kerana aku pengguna tunggal Windows di dalam sidang redaksi Amanz.my. Malah secara default akulah yang akan menggunakan dan menulis artikel ulasan komputer riba ini selama enam minggu.

Ikhwan Nazri merupakan pengguna Macbook Pro empat teras yang terasnya keras seperti kuku Wolverine. Begitu juga Firdaus Arif yang aku rasakan terasnya tidak sekeras Ikhwan Nazri tetapi masih keras seperti granit Langkaswi. Aman Firdaus pula seorang purist perkomputeran yang percaya Ubuntu ialah perisian terbaik dalam peradaban IT. Walaubagaimanapun dia juga sudah menggunakan Macbook sejak komputer ribanya wafat akibat selesema motherboard dan AIDS paparan skrin bulan lalu (Alfatihah). Tinggallah aku sahaja pengguna tegar Windows tegar.

Jadi apakah Ultrabook dan mengapa kamu harus peduli akan kemunculan satu lagi spesis didalam cabang evolusi dunia perkomputeran mudah alih dunia ini. Adakah evolusi terbaru ini akan mati awal seperti kegilaan Netbook suatu masa dahulu? Mungkinkah Ultrabook akan membawa perubahan kepada dunia perkomputeran mudah alih? Aku menggunakan bahasa bombastik kerana aku hanya mengeluarkan semula apa yang aku baca dari lepasan akhbar untuk Ultrabook yang sedang terpapar pada skrin monitor kedua aku sekarang (ha!).

Mari menjawab soalan yang pertinen tadi.

Apa itu Ultrabook? Jawapan jenakanya ialah buku yang dbaca Ultraman sebelum beradu. Jawapan seriusnya pula Ultrabook ialah komputer yang harus mempunyai berat kurang 1.4 kilogram. Ketebalan maksimumnya tidak boleh lebih dari 20 milimeter. Pemproses harus dari keluarga Sandy Bridge dan mempunyai ketahanan bateri diantara 5-8 jam. Ini bahasa teknikal orang dibahagian jualan. Dalam bahasa tak teknikal orang marhaen, biasa-biasa, tepi siar jalan dan tidak berapa geek – Ultrabook ialah Macbook Air tanpa perisian Apple dan logo epal dimakan sekerat (barangkali kerana epal yang dikunyah tidak sedap. Makan tak habis kerana tak boleh ditelan ketidak sedapannya). Ya Ultrabook ialah jawapan dari Intel dan Windows kepada soalan “Apa korang boleh buat?” yang diajukan oleh Apple.

Dari segi harga Acer Aspire S3 ditangan aku ini memang lebih murah dari MacBook Air yang mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama. Apa lagi perbezaan dan persamaan diantara Macbook Air dan Acer Aspire S3 ini? Berbaloikah membelinya? Jika minum kopi elitis di Starbucks dengan Acer Aspire S3 adakah anda akan kelihatan bergaya? Ah! Simpan persoalan kamu untuk entry-entry  ulasan yang akan datang.  Macam sebuah karya novella agung harus ada bahagian kepala, badan. kaki dan akhirnya ekor. Entry ini ialah kepalanya.

Jadi mari kita mulakan siri ulasan Acer Aspire S3 Ultabook dengan video nyahkotak dahulu. Jumpa anda dalam semula didalam bahagian kedua ulasan komputer riba ini dalam masa beberapa hari lagi insya Allah. Oh dan didalam video ini ada beberapa kesilapan kecil dan diharapkan pembaca Amanz bakal dijadikan bahan humor pembaca di ruangan komen. Ikhlas aku katakan membuat video secara spontan tanpa skrip yang ditulis terdahulu memang sukar.  Sedangkan typo penulisan aku boleh lakukan apakan pula typo mulut? Sila tonton dahulu dan ketawa kemudian.

RALAT : Acer Aspire S3 menggunakan Windows 7 Home Premium bukan XP. Pembaca kad SD juga ada, penulis tidak perasan ketika nyahkotak kerana terlalu gembira yang tidak munasabah.


Pelan Dan Pakej iPhone DiGi Tersebar Di Internet
Maxis Mula Menawarkan Tablet IDEOS S7
Sony Ericsson Malaysia Mengemaskini Harga Xperia Ray - Kini RM1279
Intel Menipu Ketika Mendemonstrasikan Ultrabook Pada CES 2012?
Giat Mara Memperlihatkan Beg Laptop Yang Boleh Diubah Menjadi Jaket

76 Komen

  1. huahuahua pada 01 Nov 2011

    f1rst

  2. zuan pada 01 Nov 2011

    wow ~ nipis bangat~

  3. emanthehalia pada 01 Nov 2011

    gile entri ni hak3. dah macam my first time

  4. Ahmad Fuad Adzmi pada 01 Nov 2011

    camne performance dia?

  5. Bukan Aman pada 01 Nov 2011

    Abang Effi,

    Mintak tolong buat artikel bagaimana nak install Hackintosh pada Acer Aspire S3 ini.

    Tanx.

  6. Azree Hanifiah pada 01 Nov 2011

    Wohooo! Entri terbaik dari Amanz. Baca dari awal sampai habis tapi baru buka kotak. Cis.

  7. Herie pada 01 Nov 2011

    pakai pisau 1o sen je?? :D :DDD:D:D:D:D::D:D

    • Aman pada 01 Nov 2011

      Itu jer yang mampu. Hehe.

    • Arrul pada 01 Nov 2011

      xkn nk pkai psau ptong dging kut? hahahaha

    • Adam pada 02 Nov 2011

      10 sen tu zaman 10 thn lps kot. ntah2 skrg dh 60 sen.

  8. azrul pada 01 Nov 2011

    nampak mcm obe seronok sangat dapat tulis review ni.haha. rasa pjg sgtla utk info yg skt.

  9. kaihnsn pada 01 Nov 2011

    Langkaswi heheh ok juga obe punya review no.

  10. z pada 01 Nov 2011

    windows xp home edition?.haha

  11. fikri pada 01 Nov 2011

    menarik. berapa harga nie?

    • Izamir Ridzwan pada 01 Nov 2011

      kami nak tau harganya…. kalau berbaloi untuk dibeli, boleh buat kira kira nih.. heheh

      • Aman pada 01 Nov 2011

        RM2599

        • Izamir Ridzwan pada 01 Nov 2011

          thanks amanz…. ;)

        • ekspresiruang pada 02 Nov 2011

          not bad harganya. tp nk tgk harga mcbook air br.

        • alisabki pada 05 Nov 2011

          tu dia. galaxy note + acc dah tu…

  12. paeh pada 01 Nov 2011

    wakakakaka. typo mulut. obe obe

  13. Danzat pada 01 Nov 2011

    nipis nih..

  14. Arrul pada 01 Nov 2011

    terbaik la korang!!
    Unboxing versi Malaysia… :D
    slalu tgok yg omputih je..
    lps ni Hands-on Review plak???

  15. Omar pada 01 Nov 2011

    Memang cool pun. Nasib baik sempat angkat masa offer dekat PLY tempoh hari. Thanks Amanz bagitau promo hari tu.

  16. faiz pada 01 Nov 2011

    lepas dah 2 3 minggu pakai laptop ni not bad la..tapi always less than 2 second load time tu kadang2 tak berapa..eh, model yang dapat tu takde kad reader?

    • Izzuddin Fauzi pada 01 Nov 2011

      Hahaha… Kalau nipis2 nie mmg cenggitu… :D

      • Obefiend pada 01 Nov 2011

        maf ada. tak perasan masa UNBOX> Kena cabut shiled plastik yang tak berapa clear.

        • faiz pada 01 Nov 2011

          oh, ingat mmg takde..yep2..satu kekurangan takde LAN port je. Kena tambah USB adapter

  17. Haziq pada 01 Nov 2011

    :)

  18. desktop fan pada 01 Nov 2011

    entri yg pnjg mcm review buku/novel plak…
    btw..nice to read…a happy entri…

  19. Ammar pada 01 Nov 2011

    nipis..cool..tapi xle masuk dvd..haish..xde card reader..but still nice..
    lepas ni boleh tunjuk ckit kot function die amanz..hehe

    • tekong pada 01 Nov 2011

      rasanya kalau boleh masuk DVD bukan ultrabook dah

    • matjoe pada 02 Nov 2011

      dah lama x tengok dvd kt laptop. haha

  20. alina pada 01 Nov 2011

    cool habis ultrabook ni..

  21. Namawi pada 01 Nov 2011

    Windows XP Home Edition??
    Kahkahkahkah typo mulut..

  22. Shahredza Izrin pada 01 Nov 2011

    ‘ia menggunakan windows xp home edition’? typo mulut tu. haha

  23. pangolin pada 01 Nov 2011

    “tanggung jawab” patut nyer rapat.. Tanggungjawab

    • Obefiend pada 01 Nov 2011

      Dan tanggungjawa patut “Tanggung jawab” kan psal memulakan ayat baru. Kena kapiyal. oh dan nama awak patut Pangolin. MAna boleh nama pakai lower case

      #PedantPower

  24. imran pada 01 Nov 2011

    cool

  25. Izzuddin Fauzi pada 01 Nov 2011

    Aman n Obi… Betul ke yg satu jam tuh,… Hahahahahahaha…

    • Aman pada 01 Nov 2011

      Yup. Dia ada turbo charging system. Leh caj sampai 97% kalau tak silap.

  26. novatech pada 01 Nov 2011

    style, kena molek laptop aku pun dah arwah 2 minggu lepas
    ulasan utk seteru aspire s3.. asus UX31 takde ke?

    • Obefiend pada 01 Nov 2011

      kami akan cuba dapatkan. setakat ini hanya S3 sahaja dalam genggaman tangan autokratik kami.

  27. Syukri Lajin pada 01 Nov 2011

    mana drop test vs macbooknyer? kutunggu.

    • Obefiend pada 01 Nov 2011

      drop test? tapi kalau camtu rosak siapa nak ganti rugi?

  28. Ismail pada 01 Nov 2011

    waa..leh tahan gak acer ni,,,,,

  29. Syafiq Kamil pada 01 Nov 2011

    Ini kalo plug n play .. jangka hayat bateri macam mana? kan bateri tak leh remove ..

  30. ekspresiruang pada 02 Nov 2011

    tambah RM500 bley dpt macbook air br…

    • john pada 02 Nov 2011

      macbook air punye spec.. SEDIH!

      • Siri pada 05 Nov 2011

        macbook air, capasity x byk sbb dia guna SSD (solid state drive).
        lagi laju dr HDD (hard-disk drive).
        obefiend x nak buat speed test S3 vs Air?

        • Ekspresi Ruang pada 08 Nov 2011

          cik effy sila la buat. nk tgk gk perbandingan di Amanz ni

  31. makangajet pada 02 Nov 2011

    suka bro obe, seformal yang mungkin di amanz tahniah~

  32. Jibam pada 02 Nov 2011

    ASUS Ultrabook….

  33. Janjang pada 02 Nov 2011

    Apa itu Ultrabook? Jawapan jenakanya ialah buku yang dbaca Ultraman sebelum beradu. –> kahkahkah.. obe mmg best

  34. zulware pada 02 Nov 2011

    mmg nipis…best nye..

  35. alyrds pada 03 Nov 2011

    hoho~…pisau baru gak tu… ahaks~..

    berbaloi untuk dimiliki daripada BukuMac Udara Pro ……keke~

  36. Omar pada 04 Nov 2011

    Aman, boleh remove (Alfatihah) tu tak, rasa cam tak sesuai untuk buat troll atau sebarang lawak. Tq

    • deegeer pada 05 Nov 2011

      +1

    • SoutulMujahid pada 06 Nov 2011

      betol2… setuju. ‘wafat’ pun sama. nak buat lawak biar berpada2

  37. SoutulMujahid pada 06 Nov 2011

    kaya la hampa beli menatang ni. aku cuma boleh ikuti perkembangan ja. sedey2…

    • tekong pada 08 Nov 2011

      err mana ada kaya. dapat dari Acer :D

  38. Mohamad Razif pada 07 Nov 2011

    Cis.. aku menghabiskan beberapa minit berharga aku membaca karya ala Novel dari obe.. last2 open box jer.. hahaha

  39. Faris pada 08 Nov 2011

    Model Acer Ultrabook ni sekali pandang mcm Macbook Air pun ada =p

  40. sinach pada 08 Nov 2011

    finally dah try sabtu lpas kat PC fair. mmg nice. malangnya si salesman bangang xtau spec pasal benda alah ni.tp xper, aku da bace sket2.bagi aku ultrabook ni da ade segala utk keperluan.jarang org konek pakai LAN skang.n mcm notebook,jarang dah org pakai CD. still pakai lagi actually,tp makin berkurangan. kehilangannya bukan satu perkara untuk ditagih.ade external CD rom pon. anyway, ultrabook ni mmg power.nipis.dan segala2 nya.korg boleh tertukar la ngan macbook air kalo xtgk btul2. kalo diberi peluang aku sambar ni berbanding macbook air sbb aku xsuka MacOS yg sux.ok bye

    • Siri pada 08 Nov 2011

      jap3.. macOS sux? ha3…
      yela2.. windows yg bervirus tu x sux pun..kah3

  41. syazwan pada 16 Nov 2011

    WOW!!!…the first ultrabook…really awesome!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader